Tiny House Konsep Tradisional Klasik, Rumah Pengumpul Barang Lama
Tiny House Konsep Tradisional Klasik, Rumah Pengumpul Barang Lama
IMPIANA cukup teruja berkunjung ke kediaman jenis tiny house berkonsep tradisional klasik milik Puan Zunaidah Ani ini. Apatah lagi dikelilingi pepohon di ruang laman yang cukup luas menghijau, saujana mata yang memandang.
Rumah yang dinamakan ‘AmBend Diko’ ini dilengkapi dengan dekorasi rumah yang cukup klasik. Baik dari segi reka bentuk, interior mahupun barangan serta perabot yang digunakan.
Pelan lantai rumah ini sedikit berbeza. Bagaikan berada di resort chalet, rumah ini mempunyai 3 unit ruang yang terpisah dan ruang tamu luar yang menjadi penghubung.
Memiliki ruang loteng yang luas dijadikan tempat tidur. Macam berada di rumah kampung dulu-dulu.
Menariknya, bahagian dapur dan ruang makan pula berkonsep outdoor dan terbuka.
Pemilik kediaman memang berjiwa seni, merupakan penggemar dan pengumpul barangan lama yang klasik. Jadi tidak hairanlah perincian dekorasi rumah digarap indah dengan konsep ini.
INFO KEDIAMAN
Nama Pemilik: Zunaidah Ani
Usia Kediaman: 3 Tahun
Lokasi: Klang
Keluasan Kediaman: Rumah Utama-AmBend Diko (575kps) 23’x25′, unit 1 (10’x12′), unit 2 AmBend Tamu (8’x16′)
Jenis Kediaman: Tiny House
Konsep: Tradisional Klasik
Spesifikasi Ruang:
Loteng, Dapur terbuka (Outdoor), Ruang Makan, Bilik Air, Ruang Tamu Dalam & Ruang Tamu Luar
#impiana
#housetourimpiana
#tinyhouse
#konseptradisionalklasik