Memastikan almari anda sentiasa dalam keadaan kemas dan teratur adalah sesuatu yang agak mustahil. Mungkin, anda boleh, tapi jika melibatkan ahli keluarga yang lain terutamanya anak-anak yang masih kecil, matlamat untuk memastikan pakain di dalam almari sentiasa kemas dan tersusun agak sukar dicapai.
Seorang penulis dan pakar gaya hidup dari Jepun telah memperkenalkan satu sistem khas untuk memastikan almari anda sentiasa kemas dan teratur. KonMari Methods yang diasakan oleh Marie Kondo merangkumi cara mengemas keseluruhan kediaman agar sentiasa kemas dengan mudah. Namun, teknik lipatan yang diperkenalkan kini menjadi kegilaan ramai di seluruh dunia. Nak tahu, cara pengurusan almari dengan menggunakan KonMari Mathods. Jom tengok video ini.
Untuk teknik melipat baju dan seluar, anda boleh tengok video ni
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Dekorasi Ruang Bilik Tidur Dengan Bertemakan Elemen Filem & Panggung Wayang
Ada atau tidak di kalangan anda yang sememangnya peminat dan penonton setia filem di panggung wayang? Sudah pasati anda akan meminati dengan dekorasi ruang bilik tidur yang berkonsepkan seperti ini.
Dekorasi ruang bilik tidur yang bertemakan konsep panggung wayang bersama sentuhan elemen filem ini akan menarik minat anda yang pastinya. Bukan itu sahaja, dekorasi ini juga boleh dijadikan sebagai sumber idea inspirasi untuk anda.
Pemilihan rona hitam dan merah pada dinding ruang bilik tidur ini sangat bersesuaian dengan konsep dekorasi yang diketengahkan. Kedua-dua elemen warna ini dipadankan bagi mendapatkan hasil dekorasi yang lebih sempurna seakan seperti di panggung wayang.
Di samping itu, di ruang sudut katil pula terdapat dekorasi pita filem lama sebagai hiasan yang akan lebih menyempurnakan dekorasi ruang bilik tidur tersebut.
Tidak lengkap rasanya dekorasi ruang bilik tidur yang berkonsepkan panggung wayang ini tanpa tontonan skrin layar berskala besar. Sebagai penyeri, sudah semestinya skrin layar bersaiz besar ala panggung wayang ini wajib ada dalam ruang bilik tidur ini.
Selain itu, pemilihan ‘spot light’ juga amat penting bagi merealisasikan konsep dekorasi seperti ini di ruang bilik tidur anda. Anda kena memilih jenis ‘spot light’ yang betul dan bersesuaian dengan tema konsep ini.
Jika anda ingin mendapatkan ‘spot light’ yang seakan sama seperti tertera dalam gambar, anda boleh sahaja mendapatkannya dengan membuat pembelian secara dalam talian di aplikasi Shopee. Klik di sini untuk pembelian.
Ingin lebih tahu pelbagai tips untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram dan TikTok rasmi IMPIANA.
Baca artikel berikutnya: Ingin Hasilkan Dekorasi Dalaman Rumah Bertemakan ‘Scandinavian’? Ini Senarai Aksesori Yang Wajib Anda Ada!
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
“Step-By-Step” Panduan Lengkap Jahit Langsir Dari Potongan Fabrik Hingga Siap
Masa ekonomi tak berapa nak baik ni, DIY adalah pilihan terbaik dalam berjimat. Tak kira laha apa pun benda dan perkara termasuk buat perabot sendiri, baju sendiri, karpet sendiri dan sebagainya. Nak-nak menjelang raya ni, Bila ahli keluarga dah semakin membesar dan bertambah, lebih banyak peruntukkan yang perlu dipersiapkan. Jadi, selagi apa yang boleh di jimat, kita wajib jimat.
Kalau nak beli langsir eyelet di kedai yang dah siap, mahu harganya makan beratus juga. Apa kata kita DIY je sendiri. Cuma pastikan apa jenis tingkap anda, berapa keping daun tingkap dan kalau sliding door, kenal pasti berapa keping sliding door anda. Nanti pandai lah orang kedai tu potongkan. Lebih mudah, mintak tolong orang kedai tu potong siap-siap kain langsir untuk setiap tingkap. Balik tinggal jahit je.
Bila bahan semua telah sedia, Jom kita ikut cara-cara menjahit langsir yang telah disediakan oleh Audra Ayeesha:
Ukuran sebenar langsir + lipatan atas + kelim bawah.
Lipatan atas :
5 inci (1inci utk jahitan tape + 4 inci utk lipatan tape. ikut size tape, sy guna tape 4inci)
Kelim bawah :
4inci ++ (sy guna 8inci sbb sy buat lipatan 4inci 2kali. Blh jg ambil 5 inci mcm lipatan atas)
Contoh : 105 inci + 5 inci + 8 inci.
Total panjang/labuh kain diperlukan bersamaan 118 inci.
**utk yg buat cantuman kain (seperti contoh gambar). Jahit setiap 2 keping jadikan satu terlebih dahulu.
1. Jahit tape & lebihkan 1 inci pada kain.2. Tape yg telah dijahit. Lipat ke dalam 2 kali. Tape diatas bersize 4inci.3. Selepas lipat ke dalam 2 kali. Iron & jahit.4. Untuk kelim bahagian tepi kiri dan kanan. Lipat ke dalam 2 kali 1inci. Iron dan jahit sehingga hujung kain.5. Siap jahit tape & kelim tepi.6. Utk kelim bahagian bwh. Lipat kelim 4inci, iron & jahit.7. Jarak 1.5 inci dr kiri & kanan dan tandakan lubang. Satu keping kain bidang 60 bersamaan 8 lubang ring. (Sy guna 1.5 keping kain bidang 60 bersamaan 12 lubang ring)8. Tandakan jarak yg sama bg setiap lubang & tebuk menggunakan gunting atau puncher.9. Masukkan ring kedalam lubang dan tekap ring kedua2 belah.
DAH SIAP!
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Hue Hijau Tren Urban Buat Kediaman Kelihatan Lebih Segar Walau Dalam Gaya Minimalist
Cuaca mungkin boleh berubah-ubah, tetapi warna hijau sentiasa menjadi salah satu pilihan popular apabila tiba masa untuk mendekorasi semula kediaman. Warna yang sinonim dengan alam semulajadi ini merupakan simbol pertumbuhan, keharmonian, kesegaran, dan kesuburan. Dari sudut hiasan dalaman, warna hijau sentiasa boleh diguna pakai tidak kira apa gaya dan bajet anda. Bermacam pecahan warna hijau yang kita pernah dengari contohnya, hijau pucuk pisang, hijau zaitun serta hijau lumut. Dengan pilihan yang luas ini anda hanya tinggal pilih mana satu yang sesuai dengan ruangan anda. Satu fakta menarik, mata manusia boleh membezakan warna hijau lebih banyak berbanding warna-warna yang lain. Hebat kan?
Walaupun begitu, janganlah terlalu ghairah menghias dengan warna hijau tanpa meletakkan sebarang limitasi kerana jika keterlaluan sakit juga mata nak melihatnya. Jadi jika anda sedang memikirkan bagaimana untuk menghiasi kediaman dengan warna hijau, anda telah datang ke tempat yang betul. Sudahkah anda bersedia untuk membawa makna baru pada kediaman dengan idea-idea reka bentuk menarik digabungkan bersama warna hijau yang menawan.
MENGAPA PILIH WARNA HIJAU?
Hijau adalah warna yang paling sesuai untuk dibawa ‘masuk’ ke dalam rumah kerana ia adalah warna yang melambangkan keseimbangan dan keharmonian. Ia juga warna yang memberi tenaga dan menjanjikan pembaharuan. Untuk benar-benar menikmati kesan positif warna hijau ini pada interior anda, pilihlah warna hijau yang bersesuaian dengan mood yang ingin dikecapi.
Kredit Gambar : Carian Google dan Pinterest
RUANG TAMU
Cukup hanya dengan memfokuskan kesebuah perabot kerana dalam ruangan ini ia mampu menjadi tumpuan dan juga sebagai focal point ruang tamu. Biarkan dinding polos tetapi berkarakter bagi mendapatkan latar belakang yang sempurna. Lengkapkan gaya ruang tamu dengan memilih aksesori seperti pasu dan tumbuhan botani agar lebih menyerlah dan nyaman.
RUANG MAKAN
Langsir hijau digantung buat penambah seri ruang makan yang dipenuhi warna-warna neutral kayu. Tumbuhan hijau dalam vase kaca yang polos diletakkan diatas meja sebagai aksesori tambahan.
DAPUR
Dua rona hijau digabungkan pada kabinet dan dinding dapur. Aksesori dan kemasan putih buatkan dapur nampak lebih rapi serta menjamin kesegaran yang mampu bertahan seiring trend semasa.
Kabinet hijau dengan counter top putih amat sepadan digandingkan dengan pemegang berwarna emas. Selain itu karpet oriental vintaj dihamparkan memberikan lebih tekstur pada dapur anda.
BILIK TIDUR
Bilik tidur memerlukan aura yang menenangkan serta nyaman dan ia memang mudah untuk dicapai sekiranya anda mengambil kira penggunaan warna hijau. Kepala katil hijau baldu ini di neutral kan dengan meja sisi kayu dan pasu berbelang hitam putih.
BILIK MANDI
Umumnya, tandas atau bilik mandi adalah tempat yang terkecil dalam keseluruhan rumah. Jadi ia merupakan ruang yang paling sesuai buat anda yang ingin bereksperimentasi dengan warna. Warna hijau digabungkan dengan dinding bata merah dibiar kasar agar tampak jelas kontras antara dua permukaan.
Kredit Gambar : Carian Google dan Pinterest
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI