Berita

Wabak Kulit Pada Lembu Dan Kerbau, Elak Import Dari Negara Thailand

Share

Raya Haji atau Aidiladha lagi beberapa hari bakal disambut oleh umat islam di seluruh dunia. Sudah pasti, kemuncak kepada perayaan ini adalah ibadah korban. Dan bagi Malaysia, untuk kemuncak perayaan sudah pasti lembu dan kambing menjadi pilihan utama.

Namun, untuk beberapa hari yang lalu timbul kegusaran terhadp pengguna akibat penualran wabak ‘Lumpy Skin Disease’ (LSD) yang menular di Myanmar, vietnam dan terbaru di Thailand. Salah satu persatuan yang membangkitkan isu ini adalah Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP).

Gesaan dilakukan kepada Jabatan Perkhidmatan Veterinar agar menghentikan segera pengimportan lembu dan kerbau hidup dari Thailand susulan laporan wabak penyakit kulit berbonjol dalam kalangan ternakan lembu di negara jiran itu.

Presidennya, Mohideen Abdul Kader berkata, gesaan itu dibuat kerana ternakan hidup seperti lembu dan kerbau akan diimport untuk sambutan Aidiladha pada bulan depan.

“Thailand merupakan negara jiran kita, maka penyakit itu dengan mudah boleh berjangkit memandangkan ia disebarkan melalui nyamuk, lalat dan kutu,” katanya dalam kenyataan.

Walaubagaimanapun, Pengerusi Jawatankuasa Perladangan dan Pertanian negeri Perak, Razman Zakaria berkata, LSD tidak berjangkit kepada manusia dan hanya berjangkit sesama binatang ternakan melalui gigitan nyamuk, kutu dan lalat selain haiwan yang telah dijangkiti.

Sumber: Kosmo / freemalaysiatoday

Published by
Impiana