Anda perlukan:-
Set roller cat pintar
Cat jenis water based (mengikut warna pilihan)
Pita pelekat
Kayu kecil
Berus cat kecil
Langkah-langkah:-
1.Tampal pita pelekat pada dinding mengikut corak geometri yang dipilih.
2.Kacau rata adunan cat dengan kayu kecil untuk memperoleh sapuan yang sekata.
3.Tuangkan cat ke dalam bekas kecil.
4.Buka penutup atas bekas roller cat pintar.
5.Tuangkan cat ke dalam bekas tersebut dan tutup rapat penutupnya. Tuang separuh penuh.
6.Pasangkan rod aluminium pada roller cat pintar mengikut kesesuaian dan ketinggian dinding.
7.Mulakan sesi sapuan cat untuk lapisan pertama dan biarkan ia kering seketika.
8.Kemudian, teruskan dengan sapuan cat untuk lapisan kedua bagi menghasilkan kemasan sempurna
9. Setelah cat benar-benar kering, tanggalkan pita pelekat dengan perlahan-lahan.