Buntu dengan masalah tanaman di laman tidak berbunga? Pelbagai kaedah dan cara telah dilakukan termasuklah memberi baja yang paling mahal, namun hasilnya masih gagal. Adakalanya, baja bukan lah makanan yang diperlukan, tetapi ada faktor luaran lain yang tidak pernah disangkakan. Pastikan 10 faktor ini diaplikasikan kepada tanaman berbunga anda sebagai penyelesaian mudah.
1. Setengah pokok seperti bunga kertas perlu akar bersesak untuk berbunga dan sebab itu ianya senang berbunga sekiranya ditanam di dalam pasu. Pokok yang berbatang lembut tidak memerlukan akar yang padat untuk berbunga.
2. Pastikan air siraman tidak bertakung di dalam pasu, ia akan menyebabkan akar mudah rosak dan akhirnya membunuh pokok.
3. Pokok berbatang keras seperti bunga kertas perlu dicantas agar pucuk baru keluar. Di bahagian pucuk-pucuk baru akan menjadi kudup bunga akan tumbuh.
4. Pastikan tanah yang digunakan adalah peroi dan banyak bahan organik. Tanah liat tidak sesuai sebab ianya akan memegang baja dan pokok tidak akan mendapat segala ‘nutrien’ untuk berbunga.
5. Letakkan pokok di kawasan yang mempunyai matahari yang secukupnya.
6. Buang bahagian kudup bunga yang mula layu bagi memberi peluang kepada kudup lain berkembang
7. Jangan siram bahagian pokok yang telah mengeluarkan kudup. Ia akan mengakibatkan kudup tersebut menakung air dan berisiko untuk rosak.
8. Jangan siram pada kelopak bunga yang sedang berkembang mekar, Ia akan mengakibatkan bunga tidak tahan lama dan cepat layu. Siraman harus di lakukan terus ke pangkal pokok.
9. Guna baja kompos untuk dapatkan bunga yang lebat dan tahan lama seperti kulit udang, kulit pisang, serbuk kopi dan sebagainya.
10. Sweet talk dengan tanaman anda dan selalu membelainya. Tanaman pun ada perasaan tau.