Wajib Cuba! Cara Elak Habuk Melekat Pada Kipas.

Share
Pasti anda berasa bengang apabila kipas meja yang baru sahaja dibersihkan kurang daripada seminggu sudah penuh dengan habuk dan kotoran. Tahukah anda sebenarnya terdapat cara mudah untuk membuatkan habuk tidak melekat pada bilah dan jaring kipas meja anda?
Untuk menghasilkan magis ini, anda hanya perlu menggunakan pelembut fabrik yang ada di kediaman anda.
Ikuti langkah mudah ini:-
  1. Bersihkan bilah dan jaring kipas seperti biasa. Pastikan permukaan bilah dan jaring kipas kering setelah dibersihkan.
  2. Tuangkan pelembut pakaian ke dalam mangkuk. Cukup sekadar 1-2 penutup botol.
  3. Celupkan span atau kain bersih ke dalam cecair pelembut tersebut dan sapukan pada permukaan bilah dan jaring kipas.
  4. Biarkan selama 5 minit sebelum anda bersihkan ia sekali lagi dengan air.
  5. Keringkan kemudian kipas boleh digunakan seperti biasa dan tiada lagi habuk melekat.
+IDEA IMPIANA
Anda juga boleh larutkan pelembut bersama air dan masukkan ke dalam bekas penyembur, Kemudian semburkan larutan pelembut ini pada kipas seminggu sekali. Selain kipas meja anda juga boleh gunakan kaedah yang sama pada kipas siling. Selamat mencuba!
Published by
Fakhruddin