Pemangkasan pokok. Sama ada untuk pokok besar, renek, menjalar dan sebagai ia perlu dilunaskan. Kenapa pemangkasan penting?

MENGAWAL TUMBESARAN TANAMAN
Bagi tanaman yang memerlukan fokus utamanya adalah untuk tuaian hasil seperti pokok buah atau bunga, pemengkasan dari peringkat awal usia perlu dilakukan. Ia bukan sekadar menggalakkan penghasilan dahan atau cabang baru malah melatih dan mengawal saiz pokok. Apabila saiz pokok terkawal, penyelanggaraan boleh dilakukan dengan mudahWAJIB Lakukan Pemangkasan Pokok Secara Berkala Ini 5 Sebabnya

MENGHASILKAN STRUKTUR TANAMAN YANG LEBIH KUKUH
Apabila pemangkasan di lakukan mengikut SOP atau teknik yang betul, ia beruapaya memberi tekanan yang baik kepada tanaman terutamanya dalam pembentukkan batang utama. segala nutrisi yang dibekalkan dapat dihadam oleh batang dan dahan-dahan yang tinggal. Ini bermakna pengagihan nutrisi pada tanaman lebih fokus

MENCEGAH PENYAKIT DAN SERANGAN SERANGGA
Jika pokok terlalu padat, ranting-ranting struktur perlu dikurangkan. Ia bertujan memberi peluang kepada aliran udara menembusi celahan daun. Ia dapat memastikan air yang terperangkap di antara daun dapat dikeringkan segera dan secara tidak langsung mencegah pembentukan habitat untuk serangga perosak dan penyakit. Di samping itu juga, ia berupaya mencegah potensi pembentukkan habitat untuk serangga yang suka bertpa di bawah duan dan celah dahan

Ads

MENGGALAKKAN PRODUKTIVITI BUAH
Apabila selesai musim menuai atau berbunga, pokok perlu dipangkas bagi merangsang penghasilan ranting-ranting baru. Dari ranting-ranting baru ini lah kudup atau putik baru terbentuk. Sebab itu ada antara pokok perlu cantasan 80% untuk memastikan hasil untuk musim akan datang lebih banyak seperti anggur dan ros.

TUMBESARAN POKOK LEBIH SEIMBANG DAN SUBUR
Kesan dari pemangkasan, nutrisi yang dibekalkan dapat disalurkan pada bahagian utama dan berkepentingan, ditambah pula kurangnya serangan penyakit pokok yang terhasil sudah pasti lebih sihat dan seimbang.

Ads

WAJIB Lakukan Pemangkasan Pokok Secara Berkala Ini 5 Sebabnya

Ads

WAJIB Lakukan Pemangkasan Pokok Secara Berkala Ini 5 Sebabnya

 

Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI