Walaupun kereta buatan tempatan iaitu Proton Wira sudah menghadapi susut nilai yang tinggi, namun ia masih relevan untuk meluncur megah di jalan raya sehinggakan pencinta model ini memilih untuk menjadikan bahagian hadapan kenderaan ini sebagai kabinet TV.
Pemiliknya adalah En Mohamad Fitri berasal dari Pulau Pinang yang bertugas sebagai pengusaha baik pulih kenderaan.
Ads
Menurutnya, beliau membelanjakan sebanyak RM1500 serta mengambil masa selama seminggu untuk menyiapkan kabinet tv yang turut dilengkapi dengan sistem lampu sepertimana kereta biasa malahan turut menempatkan segala kelengkapan hiburan rumahnya seperti dekoder serta permainan konsol untuk mengisi masa lapangnya selain bertugas sebagai mekanik di bengkel miliknya.
Ads
“Saya memotong suku daripada bahagian hadapan kereta wira yang terbiar di bengkel dan saya gilap kembali agar ianya nampak menarik dan lekatkannya di kediaman sebagai hiasan serta eye-catching kepada tetamu yang hadir ke rumah saya”, ujarnya.
Menurut pemilik 10 buah kereta Proton Wira ini, dia mendapat banyak panggilan untuk menempah kabinet Tv yang sama dengan harga bermula daripada RM2500 dan ianya tidak terhad kepada model ini tetapi juga menerima potongan bahagian hadapan kereta model lain tetapi dengan harga yang berlainan.
Ads
Anda juga boleh kongsikan kepada IMPIANA jika anda mempunyai idea menarik, pelik tetapi logik. Hanya tag FB IMPIANA
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di
Untuk melindungi wayar yang berselerak di dinding mahu pun lantai, pilihan terbaik adalah dengan menyediakan bekas wayar atau wier casing. Tapi, macam mana pula nak lindungi wayar tv yang berselirat pada dinding? boleh juga nak gunakan wier case, tapi lebih cantik jika anda gunakan TV wall panel. Jadi, sebarang wayar sama ada dari TV dan decoder akan tersimpan di dalam panel tersebut.
Namun, kos untuk membuat tv wall panel ni pun lebih kurang buat kabinet dapur sebab kaedah dan material yang digunakan lebih kurang sama. Demi mencapai impiana dan memastika kediaman sentiasa kemas dan cantik, Diyana Mahmud dan pasangannya ambil keputusan untuk buat sendiri sahaj TV Wall panel. Apa yang menarik, Tv Wall Panel yang dianggarkan RM 1, 500 – RM 2, 000 oleh kontraktor ini hanya memerlukan kos RM 399 jika dibuat sendiri. Jom tengok cara buat TV Wall panel yang dibina oleh pasangan ini
Bahan/kos:
Plywood tebal 10mm size 8 ftx 4ft RM 52 x 2 pieces
Kayu 1×2 RM8 x 7 pieces
Vinyl flooring RM 115 x 2 kotak
Gam 1 botol RM 9 Total=RM 399
Cara-cara: 1. Dapatkan ukuran TV wall penal yang akan dibina dan lakar struktur sokongan yang akan memegang TV wall panel tersebut 2. Tentukan keperluan barang atau kayu mengikut gambarajah yang telah dilakar
3. Pasang struktur sokongan dan tutupkan dengan playwood seperti lakaran yang telah dilakukan. Jangan lupa, buat satu lubang sebagai ruang penyimpanan wayar-wayar TV.
4. Untuk lebih kemas, pasang kan frame kayu atau wainscoting mengikut saiz yang bersesuaian
5. Seterusnya, Tampal vinyl sebagai kemasan
6. Lepas vinyl kering, tebuk lubang untuk letak bracket TV dan pelbagai eksesori lain. DAH SIAP!
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di
Jika dahulu kita lihat barang-barang DIY ini kebiasaanya popular di negara Barat, nampaknya sekarang tidak lagi. Masyarakat Malaysia pun dah suka ber-DIY. Sebabtu, kedai-kedai serbanika DIY seperti Mr. DIY, Eco, Kedai RM 2 tumbuh macma cendawan. Rakyat Malaysia ni pun boleh tahan kreatif. Dengan barang yang murah boleh diolah menjadi sesuatu yang lebih bernilai dan cantik. Seperti artikel yang viral di kongsikan IMPIANA. Dengan hanya menggunakan bakul RM 2, boleh jadi rak baju [klik sini untuk artikel lengkap].
Kali ni IMPIANA nak kongsi DIY bunga gantung untuk hiasan dinding dengan hanya modal RM 16.32. DIY bunga gantung ini merupakan perkongsian dari Wana Shahidan . Inspirasi diperoleh dari kedai hiasan Romantika yang dijual pada harga RM 29.90. Jom kita tengok bahan-bahan dan cara untuk hasilkan bunga gantung SUPER CANTIK + MUDAH ni
Bahan-bahan:
2 keping pelapik pinggan buluh
1 biji span bunga
Bunga artificial 3 tangkai
Pisau pemotong
Tali guni
Gam lilin
Cara-cara:
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di
Tahukah anda, selain daripada recycle kita juga boleh upcycle barangan lama yang sudah tidak digunakan. Malah aktiviti upcycle dilihat lebih menjimatkan dan mesra alam berbanding jika kita mengitar semula. Jadi apakah perbezaan antara recycle dengan upcycle?
Biasanya, apabila bahan-bahan seperti plastik, kertas, logam atau kaca yang dikitar semula akan dipecahkan atau dihancurkan terlebih dahulu menjadi bahan asas sebelum dijadikan suatu produk yang baru. Produk-produk ini bagaimanapun mempunyai kualiti yang jauh lebih rendah berbanding sebelum melalui proses kitar semula. Berbeza pula apabila kita upcycle sesuatu, ia lebih menumpukan pada proses membaikpulih barangan yang sudah usang atau rosak. Perabot akan diolah atau dibina semula tanpa mengurangkan kualiti dan fungsinya. Mudah untuk kita katakan dengan upcycling, secara tidak langsung perabot lama telah diupgrade menjadi lebih menarik dan berharga. Ada juga yang melihat upcycling sebagai salah satu cabang recycle kerana terdapat banyak persamaan antara keduanya. Bergantung pada kefahaman masing-masing, yang penting pada akhirnya semua aktiviti ini akan memberi kesan positif kepada alam sekitar.
Sedikit tip dan trik bagi anda yang baru sahaja berjinak-jinak dengan hobi upcycle ini :
1.Kunci utama upcycling adalah persediaan yang rapi dan cukup . Merancang lebih awal dan pastikan anda mempunyai peralatan-peralatan yang diperlukan. Bersihkan perabot yang ingin di upcycle agar tiada sebarang habuk atau sarang labah-labah kerana ia dapat merosakkan berus cat anda.
2. Gunakan kreativiti dan berfikir diluar kotak. Idea kreatif anda dapat memberikan nafas baharu pada perabot lama yang mungkin tiada harganya lagi tetapi dengan imaginasi dan sedikit pertukangan, anda mungkin dapat upgrade yang tidak disangka-sangka.
3. Jika anda terlihat perabot vintaj yang anda suka dijual pada harga yang tidak masuk akal, jangan risau kerana besar kemungkinan anda boleh dapat sesuatu yang hampir sama dikedai-kedai amal, di jualan but kereta, atau di laman web seperti Carousell dengan harga yang jauh lebih murah. Anda juga mungkin boleh jumpa sesuatu yang serupa di stor nenek anda!
4. Belanjakan sedikit wang untuk membeli berus cat yang berkualiti kerana berus yang murah biasanya mempunyai bulu yang mudah tertanggal. Balutkan berus atau roller dengan foil aluminium bagi memastikan berus sentiasa lembap dan jangan lupa bersihkan kesemua berus sebaik sahaja anda selesai mengecat.
5. Berseronoklah dan be brave! Anda tidak terikat pada apa-apa kekangan jadi gunakan peluang ini untuk menunjukkan bakat dan kreativiti anda. Terdapat pelbagai pilihan warna dan idea yang boleh didapati melalui laman web seperti Pinterest yang boleh dijadikan inspirasi.
6. Setelah selesai dengan projek upcycle anda, jangan lupa untuk sapukan lapisan pelindung agar perabot atau hiasan mampu bertahan lebih lama. Sia-sialah segala kerja keras anda jika dibiarkan sahaja tanpa lapisan varnish atau wax untuk melindungi masterpiece tersebut.
7. Jangan takut untuk mula dan mencuba sesuatu yang baharu, tidak ada yang betul atau salah ketika proses upcycling – hanya ilmu baru yang diperolehi.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di
Ketahui langkah penting dan rutin kebersihan rumah bagi pencegahan influenza. Lindungi keluarga anda dengan amalan harian mudah yang mencegah jangkitan virus di rumah!