Walaupun kereta buatan tempatan iaitu Proton Wira sudah menghadapi susut nilai yang tinggi, namun ia masih relevan untuk meluncur megah di jalan raya sehinggakan pencinta model ini memilih untuk menjadikan bahagian hadapan kenderaan ini sebagai kabinet TV.
Pemiliknya adalah En Mohamad Fitri
berasal dari Pulau Pinang yang bertugas sebagai pengusaha baik pulih kenderaan.Menurutnya, beliau membelanjakan sebanyak RM1500 serta mengambil masa selama seminggu untuk menyiapkan kabinet tv yang turut dilengkapi dengan sistem lampu sepertimana kereta biasa malahan turut menempatkan segala kelengkapan hiburan rumahnya seperti dekoder serta permainan konsol untuk mengisi masa lapangnya selain bertugas sebagai mekanik di bengkel miliknya.
“Saya memotong suku daripada bahagian hadapan kereta wira yang terbiar di bengkel dan saya gilap kembali agar ianya nampak menarik dan lekatkannya di kediaman sebagai hiasan serta eye-catching
kepada tetamu yang hadir ke rumah saya”, ujarnya.Menurut pemilik 10 buah kereta Proton Wira ini, dia mendapat banyak panggilan untuk menempah kabinet Tv yang sama dengan harga bermula daripada RM2500 dan ianya tidak terhad kepada model ini tetapi juga menerima potongan bahagian hadapan kereta model lain tetapi dengan harga yang berlainan.
Anda juga boleh kongsikan kepada IMPIANA jika anda mempunyai idea menarik, pelik tetapi logik. Hanya tag FB IMPIANA