Isi Kandungan
ToggleSiapa kata duduk rumah apartmen tak boleh berkebun. Walaupun balkoni dia sangat terhad, Gee Ja berjaya tanam pelbagai jenis sayuran di balkoni rumahnya yang terletak di tingkat 10.
Kali pertama nak berkongsi di sini. Kebun kecil di balkoni tingkat 10, untuk bekalan makan sendiri & stress relief.
Antara jenis tanaman yang sesuai:
sawi choy sum, pakchoy, kailan, kangkung, bayam, bayam brazil, genovese basil, thai basil, bendi, ulam raja, kunyit, bangun-bangun, pudina.
Artikel berkaitan:
Cara Tanam Bendi Dalam Pasu, Pokok Rendang Dan Cepat Berbuah
Buat Pasu Gantung Comel Dari Botol pLastik Terpakai, Comel Dan Jimat
Cabaran dan tip berkebun di balkoni:
- Angin kuat, pasu tergolek tu biasa. Saya tak guna pasu yang berat nanti susah nak alih-alih.
- Balkoni saya agak terlindung, hujan memang tak kena, cahaya matahari pun agak terhad. Kena gilir-gilir alih pasu supaya semua sayur dapat cahaya yang cukup.
- Sangkaan awal saya kalau bertanam di tingkat tinggi ni kurang perosak. Sebenarnya tidak. Banyak serangan aphid, spider mite (ni paling susah nak lawan), mealy bug & fungus
Kawalan serangga perosak organik
Setakat ni guna cuka kayu & juga buat spray cili+garlic+sabun cuci pinggan utk control. Tak berjaya sgt. Apa lagi ya yang boleh diguna? Saya tak nak guna racun.
Follow kami di WEBSITE, TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK dan YOUTUBE untuk dapatkan tip, idea dan artikel-artikel terkini serta menarik.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Kena Panas Pagi & Rajin Letak Baja, POKOK PUDINA Meriah Subur Daun Lebar
Isi Kandungan
ToggleKena Panas Pagi & Rajin Letak Baja, POKOK PUDINA Meriah Subur Daun Lebar. Daun Pudina sering dijadikanatau lebih dikenali mint selalu dijadikan penambah aroma makanan mahupun minuman. Boleh dijadikan ulam atau diletakkan dalam teh panas.
Pokok Pudina juga salah satu tanaman yang paling senang tumbuh, boleh disemai menggunakan keratan batang sahaja. Namun pokok pudina juga paling senang mati jika salah cara penjagaannya. Rupanya pokok pudina kena letak di tempat yang kena cahaya matahari pagi dan rajin letak baja organik, barulah ia hidup subur merimbun lebar daunnya.
Boleh cuba cara yang diamalkan oleh Jue Jerry ini sebagai panduan. Memang subur merimbun pokok pudina dan berdaun lebar.
Dekat rumah ni merata-rata ada pudina. Suka-suka cucuk ja lebihan batang lepas buat ulam tu kat pasu. Dia ni nak panas pagi full. Kalau rajin buh baja lagi sakan dia membiak. Saya ni kurang rajin buh baja,just siram air beras,air basuh ikan,udang,ikan bilis ja. Sesekali kalau rajin ja buh baja organik.
Info Ekstra!
- Daun Pudina jenis senang nak hidup. Tak perlu ada akar, terus cucuk batang ke tanah.
- Boleh guna tanah 3 in 1 beli di nursery.
- Jika daun mula berwarna hitam, tandanya tak cukup air dan kena gembur tanah semula.
Pokok ni kena siram hari-hari dan letak baja baru hidup subur dan daun nya pun lebar.
IMPIANA: Jadi jika tanam pokok pudina selalu mati, cuba ikut tip yang dikongsikan ini. Pastikan kena cahaya matahari pagi dan selalu letak baja, barulah pokok pudina subur merimbun dan lebar daunnya.
Mesti Baca : Pokok PUDINA Kekal Segar & Hijau Bertahun-Tahun, Ini Tip Bila Daun Jadi Hitam
Baca Lagi Di Sini:Tanaman Mampu Halau Serangga Perosak, Jenis Pokok Ini Patut Ada Di Kebun!
Artikel Menarik: 10 Pokok Sesuai Tanam Tempat Teduh & Sejuk, Tak Boleh ‘Direct’ Matahari!
Sumber: Jue Jerry
Follow kami di WEBSITE, TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK dan YOUTUBE untuk dapatkan tip, idea dan artikel-artikel terkini serta menarik.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Cara Potong BUNGA KANTAN Juga Main Peranan Agar Pokok Berbunga Lebat
Selain perlu penjagaan seperti siraman dan pembajaan sebenarnya cara potong bunga kantan juga main peranan agar pokok berbunga lebat.
Menurut Nur Amirul Nur Azmi untuk memotong bunga kantan yang sudah matang ada caranya supaya tidak menjejaskan penghasilan bunga akan datang. Pastikan ia dipotong sampai ke pangkal.
Nak potong bunga kantan ada caranya, jangan potong separuh
Nak kongsi sikit tentang cara melebatkan bunga kantan, pastikan cara potong sewaktu ambil bunga kantan ikut kaedah yang betul. Kena potong sampai ke pangkal.
Jangan potong tengah-tengah. Ramai yang buat potongan sebegini hingga meninggalkan tunggul terlalu panjang. Ia boleh menyebabkan pengeluaran bunga semakin kurang.
Tip ekstra
Selain itu pokok kantan yang ada batang tua kuning atau batang yang condong mestilah di potong. Pemotongan hendaklah dari pangkalnya untuk menggalakkan pengudaraan ventilasi yang baik dan pokok kelihatan lebih cantik.
Tapi batang pokok kantan yang mempunyai bunga tidak digalakkan untuk dipotong kerana tumbesaran bunga akan turut terbantut dalam proses pembesarannya.
Daun dan batang pokok kantan yang dipotong dan telah kering boleh digunakan kembali untuk menutup dasar tanah untuk mengekalkan kelembapan tanah. Pokok kantan amat menyukainya.
Semoga bermanfaat.
Baca Lagi Di Sini: Baja Chitosan Dari Kulit Udang Jadikan Tanaman Immun Serangan Kulat
Mesti Baca: KOMPILASI TIP Buat Sendiri BAJA ORGANIK Mudah Guna Bahan Dapur
Artikel Menarik: KULIT TELUR + CUKA Berkesan Atasi Masalah Bunga/Buah Gugur Sebelum Masanya!
IMPIANA : Penjagaan pokok kantan ini mudah. Pokok kantan ini sukar diserang oleh penyakit atau mahluk perosak kerana aromanya yang tidak disenangi oleh mahluk perosak.
Sumber: Nur Amirul Nur Azmi
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Bawang Merah Kundasang Berjaya Tuai Hasil Hampir 10 Tan Untuk Pasaran Tempatan
Isi Kandungan
ToggleLazimnya, Malaysia bergantung kepada sumber bawang import untuk pasaran tempatan. Namun demikian, usaha petani dari Ranau, Sabah mengusahakan penanaman bawang merah di tanah tinggi untuk pengeluaran tempatan wajar dipuji.
Ia dapat mengurangkan kebergantungan kepada bawang import, sekaligus dapat menjimatkan dan menjana pendapatan buat petani tempatan.
Biarpun percubaan menanam bawang merah pada awalnya tidak menjadi namun itu tidak mematahkan semangat seorang petani separa moden membuat cubaan kali ketiga sebelum berjaya menuai hasilnya dalam tempoh selepas tiga bulan.
Kini, tanaman bawang merah yang dihasilkan Sharizal Denci, 42, di tanah tinggi Kundasang seluas empat hektar itu mampu mengeluarkan hasil sehingga hampir 10 tan bawang merah untuk pasaran tempatan di Sabah.
Idea Tanam Bawang Merah
Menurut petani muda ini, idea menanam bawang merah itu datang daripada salah seorang pekerjanya yang mengatakan kenapa tidak mereka menceburi tanaman yang sangat diperlukan di negara ini.
“Pekerja saya kata, bawang mungkin sesuai di kawasan pedalaman seperti di Kundasang dan mungkin ia lebih tahan. Selepas itu, saya mula mencari maklumat mengenai tanaman bawang merah dan membuat kajian di mana industri bawang ini nilai keseluruhan dianggarkan sebanyak RM1.5 bilion, kebanyakan bawang yang diperlukan kita import.
“Lepas itu kita nampak peluang kepada usahawan tempatan untuk memasuki pasaran ini dan kalau kita boleh menguasai satu peratus pasaran di mana anggaran hasil yang boleh dicapai adalah sebanyak RM15 juta,” katanya di ladang tanaman bawang merah di Kampung Tanah Merah, Mesilau, di sini, pada Sabtu.
Kaedah Penanaman Bawang Merah
Bekas jurutera perisian itu berkata lagi, selepas melihat peluang dalam industri bawang dia cuba mendapatkan penerangan daripada Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (Mardi) berkaitan kaedah penanaman bawang merah tersebut.
“Kita pergi jumpa Mardi dan kebetulan saya nampak mereka ada buat tanaman bawang di Serdang jadi saya terinspirasi dengan tanaman mereka yang menjadi.
“Saya dapatkan garis panduan daripada pengusaha bawang di sana untuk dibuat di ladang saya. Saya bawa benih bawang mereka ke sini dan kita tanam. Pada awalnya memang tidak berapa menjadi lepas itu saya cuba lagi kali ketiga barulah menjadi.
“Selepas melihat apa masalah dan kesilapan barulah kita tahu tanaman ini memerlukan struktur tanah yang tidak boleh air bertakung, jadi itu antara cabarannya,” katanya.
Tanam Skala Besar 4 Hektar
Sharizal berkata, melihat kepada keberhasilannya dia mulai berani membuat penanaman bawang merah secara berskala besar dengan melibatkan empat hektar tanah di kawasan tanah tinggi tersebut.
“Sebab bila kita nampak peluang yang ada, kita tambah perluaskan tanaman dan kita pun ada pasaran pergi ke pasar raya di sekitar Sabah untuk dibekalkan bawang merah tempatan ini.
“Sekitar Jun lalu saya sudah nampak hasilnya, cuma memerlukan masa sehingga 90 hari untuk dituai kerana di Kundasang ini mengambil masa yang lama sikit untuk penuaian disebabkan kawasannya yang sejuk.
“Kawasan sejuk menyebabkan percambahan bawang agak lambat sedikit tetapi kualitinya lebih bagus di mana kulitnya lebih tebal, dan berjus malah bawang yang ditanam di Kundasang ini lebih wangi.
“Untuk di kawasan panas, kitarannya dalam 60 ke 70 hari sudah boleh habis tetapi ia cepat bercambah, namun ia tidak sebesar seperti yang ada di sini,” katanya.
Fokus Pengeluaran Bawang Tempatan
Ditanya jika ada cadangan untuk menjenamakan bawang yang ditanam di Kundasang, beliau berkata, setakat ini belum ada perancangan ke arah itu kerana mereka lebih fokus kepada pengeluaran bawang tempatan tersebut.
“Kita sekarang fokus kepada pengeluaran, sebab bila kita bagi jenama akan ada permintaan dan dibimbangi kita tidak dapat menyediakan akhirnya pengeluaran pun berhadapan masalah.
“Jadi kita akan fokus kepada perkukuhkan pengeluaran dan sudahpun berbincang dengan pasar raya tempatan untuk membekalkan bawang ini, kebetulan untuk sayur-sayuran lain pun kita memang sudah masuk pasaran,” katanya.
Sehubungan itu, Syarizal yang sudah lebih 10 tahun berada dalam industri pertanian menganggap industri bawang merah sebagai peluang baharu untuk usahawan pertanian di tanah tinggi dan kawasan lain di negeri ini.
“Kami juga berniat untuk memperluaskan lagi tanaman ini ke kawasan lain dan fokus ke arah tanaman yang bersesuaian di tanah tinggi untuk tanaman lain seperti kobis dan sebagainya.
“Macam bawang ini dia boleh juga di kawasan panas jadi mungkin boleh diperluas ke kawasan lain,” katanya.
Mesti Baca: Tanam BAWANG PUTIH Pilih Jenis ‘Softneck’, Letak Menegak Sebelum Kambus!
Baca Lagi Di Sini: Cara BETUL Tanam Sendiri Bawang Merah, 2 Bulan Dah Boleh Tuai!
Artikel Menarik: Pokok Diserang Bena Musim Hujan, Rawat Dengan Air Rebusan Cengkih
IMPIANA: Terbaik usaha tanam bawang merah ini untuk pengeluaran bawang tempatan. Dapat mengurangkan kebergantungan kepada bawang import, sekaligus dapat menjimatkan dan menjana pendapatan buat petani tempatan.
Sumber: Sinar Harian
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI