Konsep open-wardrobe jelas mempunyai pelbagai kelebihan buat pemilik. Antaranya termasuklah dapat menjimatkan ruang serta memudahkan proses organisasi pakaian dan barangan lain. Selain itu, open-wardrobe juga menjadikan pemilik lebih rajin mengemas dan menguruskan almari.

Dalam perkongsian Puan Aimi Ismail melalui laman Kelab Kaki Deko, beliau telah mengubahsuai ruang rehat tingkat atas kediamannya menjadi sebuah kawasan untuk “open-wardrobe” buat seluruh ahli keluarganya. Ia lebih tersusun dan memudahkan kerja beliau. Selain menyediakan tempat menggantung baju, ruang ini juga dilengkapi dengan sudut menggosok pakaian. Segalanya berasa dalam satu kawasan, menjadikan ruang ini multi-fungsi dan praktikal.

KEADAAN SEBELUM

Wanita Ini Bina Sendiri “Open-Wardrobe” Yang Lengkap Dalam Masa Seminggu Wanita Ini Bina Sendiri “Open-Wardrobe” Yang Lengkap Dalam Masa Seminggu

SETELAH DIKOSONGKAN

IKLAN

Wanita Ini Bina Sendiri “Open-Wardrobe” Yang Lengkap Dalam Masa Seminggu Wanita Ini Bina Sendiri “Open-Wardrobe” Yang Lengkap Dalam Masa Seminggu

Ni ruang rehat tingkat atas
Memang dari asal buat tempat menggosok baju
Dan tempat gantung baju kerja mama baba dan baju sekolah anak-anak yang siap digosok untuk seminggu
Cuma tambahbaik supaya lebih teratur dan sedap mata memandang, tenang di jiwa
Sebab bilik semua dah penuh

IKLAN

KEADAAN SELEPAS

Wanita Ini Bina Sendiri “Open-Wardrobe” Yang Lengkap Dalam Masa Seminggu Wanita Ini Bina Sendiri “Open-Wardrobe” Yang Lengkap Dalam Masa Seminggu Wanita Ini Bina Sendiri “Open-Wardrobe” Yang Lengkap Dalam Masa Seminggu

IKLAN

Dalam tempoh seminggu sahaja, ruang “open-wardrobe” ini telah berjaya disempurnakan. Menurut Puan Aimi lagi, segala-galanya dilakukan sendiri, “Suami hanya bantu gerudi dinding untuk menggantung rak”.

KOS YANG DIBELANJAKAN ;
– Lebih kurang RM400 (termasuk dua kotak vinyl untuk lantai)

BAHAN-BAHAN YANG DIPERLUKAN ;
1. Plywood (tebal 12mm) – 1 keping 8 ft x 4 ft
(saya mintak kedai potong ikut ukuran, atas 3 keping (4kakiX1.5kaki), bawah 2 keping (4kakiX1kaki)
2. besi L – 12inci,10inci
3. mulig bar – 5
4. cat Jotun – 1L
5. Vinyl – 2kotak (36 keping, 1 kotak) Lazada
6. storage, dust cover beli kat Lazada
7. frame, cermin lekat di almari beli kat Eco

Moga bermanfaat

Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI