Pelan rumah memanjang yang menyambungkan sekali ruang tamu dengan ruang makan pastinya boleh buat kita pening hendak memikirkan susun atur dan deko yang sesuai dan menjamin keselesaan. Oleh itu ruang seperti ini haruslah dirancang dengan berhati hati dan teliti agar tidak tersilap langkah, menjadikan ruang tidak nyaman didiami. Rugi nanti.
Jadi disini kami ingin kongsikan idea dekorasi daripada Puan Hasfarina Aziz yang telah berjaya menghias rumah beliau sehingga kelihatan lebih luas dan menarik. Kediaman yang terletak di Bandar Putra, Segamat, Johor ini merupakan rumah jenis teres satu tingkat telah diubah suai dalam masa sebulan berpandukan konsep minimal moden yang juga menerapkan sedikit gaya ala hotel yang menjanjikan eksklusiviti dan sudah tentunya keselesaan.
Dengan bermodalkan RM15k, gabungan barangan dari Kaison, IKEA dan Lazada telah menjadi pilihan tuan rumah. Ruang dengan ukuran 35 kaki x 10 kaki ini dicat warna cream disertakan wainscoting pada bahagian bawah menonjolkan lagi aura mewah rumah ini. Pada bahagian menonton televisyen dan dining area juga ada dipasang pembahagi ruang yang tampak ringkas tapi tetap menarik. Agar ruang tamu memanjang kelihatan luas, pemilik meletakkan tiang sebagai pembahagi di antara ruang makan dan juga ruang menonton tv. Ilusi ini berjaya membuatkan kediaman pemilik kelihatan luas dan lapang.
Mari IMPIANA bawakan pembaca lihat transformasi kediaman Puan Hasfarina sebagai inspirasi. Selamat menghias!
SEBELUM
Ads
Ads
SELEPAS
Ads
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Umpama sang maharani dengan barang kemasnya. Menggoda mata sejuta tetamu yang bertandang. Setiap kristal yang dipadankan dengan emas bergemerlapan. Menjadi kemegahan sepanjang zaman. Begitulah chandelier yang menjadi tarikan utama pada siling apatah lagi ruang. Terdapat dalam perlbagai saiz dn reka bentuk. Daripada emas ke perak, biasan cahaya yang terpantul melalui kristal menjadikan suasana kediaman begitu elegan dan luar biasa hebatnya. Umpama si penggoda yang duduk ayu di ruang tamu mu.
Perubahan chandelier daripada era ke era sememangnya cukup lama. Bayangkan daripada era belum wujudnya tenaga elektrik sehingga kini. Pereka sudah pasti banyak bermain dengan inspirasi persekitaran dan ilham memalui seni, fesyen, seni bina dan sebagainya. Mereka bentuk chandelier bersama kristalnya dan kerangka besi yang membentuk karakter lampu.
Jika dahulu kita kagum dengan chandelier yang bergayutan dengan kristal, aksesori emas. malah dengan rekaan bersaiz raksasa, labih mencecah lantai, daripada bulat sehingga yang bertingkat labuh. Pendek kata segala kemewahan yang ada itu mahu dipamerkan pada chandelier agar kekagumannya menjadi tumpuan di ruang utama. Jangan sampai tersalah letak. Ada chandelier boleh ditempatkan dit engah ruang utam, ada pula yang lebih sesuai ditempatkan di sudut tangga atau sudut khas untuk chandelier ini supaya ruang nampak lebih hidup
Dalam pada itu, anda juga perlu bijak memilih kerana kristal yang berkualiti sellalunya didatangkan dari Eropah seperti Sepanyol dan Itali. Kualiti yang luar biasa malah tahan lama zaman berzaman. Kini tuan rumah lebih bertuah. Rekaan lampu candalier lebih berani dan pelbagai. Daripada yang lebat dengan kristal kepada yang mempunyai elemen lain seperti pengaruh Sepanyol,Moden, Minimal, Amerika Latin dan penggunaan kristal juga dilihat sudah tidak keterlaluan. Kata orang ia juga nampak menepati selera tuan rumah muda dan tidak berlebihan. Jadi pilihlah rekaan yang terbaik untuk mu dan serasi pula dengan kediamanmu. Simple-simple aja di IMPIANA.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
“Hansei”, sekali dilihat seperti sebuah kata-kata Jepun dan pasti anda beranggapan ianya rumah di Jepun bukan? Malangnya sekali ia adalah yang berada di Selangor. Interior design rumah Hansei ini, apa yang paling saya minati adalah tingkap yang besar di ruang tamu itu. Perghh, besar gila tingkap tersebut. Dah macam tingkap ala-ala rumah Sultan dah yang ada tingkap besar dan luas seperti itu. Bayangkan anda bangun pagi, buka langsir dan boleh lihat dunia di waktu pagi, dengan seluas mata memandang. Mesti bestkan? Hahahaha.
Kata-kata hikmah yang diberi oleh pereka interior ini, “Menghentikan hansei bermakna berhenti belajar. Dengan hansei, seseorang tidak pernah pasti tentang ketuanan dirinya, dan sentiasa ada ruang untuk, atau memerlukan, kemajuan yang lebih besar.” Dengan sebuah kata-kata ini, maka terhasil lah strategi reka bentuk untuk projek ini. Memandangkan rangkaian luas “tabiat” yang terkumpul, matlamat pereka adalah untuk mencari kaedah untuk menyaring kekayaan bahan, idea dan ciri ke dalam satu persekitaran yang harmoni untuk sebuah keluarga untuk dipanggil pulang.
Justeru, pereka ini berhasrat untuk mencipta satu lagi imej berbingkai Ruang Tamu yang digabungkan dengan bahagian luar sambil mengekalkan penekanan pada kawasan volum berganda dan pemandangan berbingkai dedaunan yang rimbun di boulevard di luar. Selain itu, ruang makan, yang bersambung dengan sempurna ke pulau perbualan yang panjang dan cantik, menggalakkan interaksi sosial sepanjang hari. Lampu candelier yang digantung di siling yang dibuat khas bertujuan untuk menambah rasa yang lebih jeragat pada kemasan atas kayu padu dan marmar. Bilik tidur individu kemudiannya dibina dengan teliti dan menawarkan suasana damai pada waktu malam.
Jadi, untuk mengkonklusikan tentang rumah ini, saya boleh memberi pendapat, bahawa rumah seperti ini memang sesuai jika anda inginkan kesendirian yang tenang. Malahan, saya dapat rasakan, rumah seperti ini boleh dibuat sebagai Homestay dan saya yakin, Homestay ini akan mendapat review dan feedback yang banyak dan pasti disukai oleh orang ramai.
Terpesona melihat dekorasi dan reka bentuk rumah yang berusia lebih daripada 100 tahun yang dikongsikan oleh pemilik kediaman ini. Jauh merantau di negara kanggaru, jiwa melayu rumah kampung tetap di dalam sanubari.
“Saya memiliki rumah ini sejak tahun 2021 dan ia disewakan pada tahun 2022. Saya pindah semula pada Aug 2023.”
“Hampir 3 tahun sejak saya memilikinya pada tahun 2021. Usia Sebenarnya rumah ini adalah lebih dari 100 tahun sebab ia dibina pada permulaan tahun 1900,” ujar Eddie.
Berkongsi tempoh proses renovasi kediaman yang terletak di Northern Rivers, New South Wales, Australia ini, menurut pemilik renovasi dijalankan dalam 2 peringkat. Peringkat pertama adalah pada permulaan 2022 untuk membina dek belakang rumah manakala peringkat kedua pula mengambil masa hampir 7 bulan, bermula dari bulan Dec 2023 hingga ke bulan Jun 2024.
Inspirasi & Konsep Kediaman
IMPIANA tertarik dengan pelbagai mainan warna yang ditonjolkan, menyerlahkan karakter dan seri ruang kediaman yang tampak ceria. Pemilik ‘berani’ menyuntik elemen rona terang pada dekorasi ruang kediamannya, berbanding kebanyakan pemilik rumah lain yang gemar memilih rona selamat seperi warna lembut dan pastel.
“Secara jujur, saya pun tak tahu apakah konsep rumah saya. Akan tetapi, saya memang minat dengan warna. Saya juga gemar dengan konsep minimalist (less is more), modern contemporary, vintage dan sebagainya,” kata Eddie.
Menariknya pemilik cukup berjiwa kreatif dan bijak menghias sendiri dekorasi hiasan dalaman rumah mengikut citarasa sendiri.Inspirasi menghias kediaman ilham datangnya dari majalah-majalah dekorasi, kedai-kedai perabot, filem-filem antarabangsa dan sebagainya.
Keutamaan Dekorasi Kediaman
Bagi pemilik aspek yang menjadi keutamaan sewaktu dekorasi ruang rumah ialah ruang yang lapang, tenang dan ceria serta dipenuhi tumbuhan semulajadi menghiasi laman dan ruang kediaman. Maka tidak hairanlah ruang dek belakang (back deck) menjadi ruang kegemaran buat pemilik dalam meluangkan masa dan menangkan fikiran di rumah.
“Rumah seharusnya adalah tempat dimana saya akan berasa selesa, tenang dan selamat selain dari tempat berteduh. Rumah juga adalah tempat yang selalu saya banggakan, lagi-lagi bila saya berasa tenang setiap kali saya pulang,”
“Saya suka ruang yang ceria, lapang, teratur dan juga dipenuhi dengan pokok-pokok, bunga-bunga hidup. Saya tak mahu rumah saya kelihatan berserabut,” jelas Eddie.
“Ruang favourite saya adalah dek belakang (back deck). Ruang ni selalu membuat saya berasa tenang, dikelilingngi kicauan burung-burung, pemandangan yang indah dan juga hirupan udara yang segar. Memang terbaik untuk minda,” ujar Eddie lagi.
Perancangan Masa Hadapan
Berkongsi impian dan perancangan masa hadapan buat kediaman ini, pemilik berhasrat untuk melakukan renovasi pada bilik air serta ingin bercucuk tanam di laman rumah.
“Saya merancang untuk membuat renovasi pada kamar mandi dan bilik air tahun depan jika ada rezeki yang berlebihan, in shaa Allah. Saya juga teringin nak memulakan tanaman sayur-sayuran, pokok-pokok yang hasilnya boleh dimakan seperti pokok cili, tomato, kacang panjang dan lain-lain lagi,” ujar Eddie.
IMPIANA doakan semoga segala impian dan perancangan dapat direalisasikan hendaknya suatu hari nanti. Semoga menjadi inspirasi buat peminat hiasan dalaman dan dekorasi rumah yang lain.
INFO KEDIAMAN: Nama Pemilik: Eddie Usia Kediaman: Hampir 3 tahun sejak saya memilikinya pada tahun 2021. Konsep Hiasan Dalaman: Minimalist, Classic & Modern Contemporary, Vintage Lokasi: Northern Rivers, New South Wales, Australia Keluasan Kediaman: 525sqm Jenis Kediaman: Banglo Rumah Kampung Spesifikasi Ruang Kediaman:
1 Dapur, 2 Bilik tidur, 1 Bilik Air, 1 Balkoni Depan atau Bilik Matahari (Sun Room), Ruang Tamu, Dek Belakang (Back deck), Garage (digunakan untuk storage) dan tempat letak kereta (car port) yang diubah menjadi ruang santai luar rumah.
Setiap pemilik kediaman ada cara tersendiri dalam memastikan rumah sentiasa kemas, bersih dan teratur, sedap mata memandang. Begitu juga pilihan konsep dan citarasa dekorasi yang menjadi pilihan.