Mungkin ramai tak sangka, mesin basuh yang merupakan sebuah alat untuk mencuci, juga perlu dicuci dari masa kesemasa.
Melalui perkongsian Puan Ana Mariana, mesin basuh beliau sudah lama tidak diservis jadi setiap kali mencuci, kebersihan pakaian kelihatan seperti kurang memuaskan dan seringkali sabun basuh masih tidak larut dan melekat di pakaian.
Memandangkan suaminya tiada di rumah, Puan Ana sendiri telah mengerjakan mesin basuhnya dan mencuci sehingga beliau berpuas hati.
Rujuk panduan dengan gambar ini untuk anda yang mahu cuba sendiri keberkesanannya.
SEBELUM
Buka 4 buah skru ini. Kotoran telah jelas kelihatan walaupun baru buka pada bahagian atas
Buka klip di tepi
Ads
Cabut bahagian tengah begini
Buka pula skru pada bahagian dalamnya
Cabut bahagian berwarna biru ini
Cabut 4 skru didalam. Mungkin agak ketat kerana sudah berkarat terkena air.
Ads
Kemudian barulah boleh bawa keluar bahagian ini. Lihat betapa kotornya dalam ni..Bertahun punya daki berkumpul pada bahagian ini. Macam mana nak bersih baju yang kita cuci tu.
Ni pula bahagian bawah.
Ni bahagian dalam yang belum dibersih
Guna berus untuk buang segala daki yang melekat
Ads
Bahagian dalam selepas dibersih
Barulah berkilat
Dah bersih, boleh pasang semula
Siap.. orang perempuan pun boleh buat. Senang je
Nota kaki : Lain model, lain cara membuka dan membersihnya
Apabila tiba waktu untuk membersihkan rumah, pasti ada dikalangan anda berasa stres dan pening untuk membersihkan debu habuk yang melekat pada permukaan perabot seperti kabinet televisyen, meja, sofa, celah-celah langsir dan sebagainya.
Nak pula tu, kekotoran debu habuk ini masih ada dan melekat di permukaan perabot dalam rumah anda padahal anda baru sahaja membersihkannya beberapa hari yang lalu. Pelik kan?
Walaupun pelik, perkara tersebut sememangnya benar dan berlaku. Jadi tidak hairan lah kalau ada yang berasa stres ketika mahu mencuci debu habuk yang ada di dalam rumah.
Tetapi kini anda tidak perlu berasa stres dan pening untuk membersihkannya kerana ada petua mudah yang boleh anda lakukan untuk menyelesaikan masalah tersebut.
Menerusi perkongsian akaun Instagram milik Jason Jezi, ada berkongsi tip dan petua mudah untuk membersihkan debu habuk di dalam rumah anda dengan menggunakan beberapa campuran cecair pencuci.
Bahan-bahan yang diperlukan adalah;
1 Sudu Olive Oil
2 Sudu Sabun Pencuci Cecair
2 Sudu Cuka
1 Cawan Air
3-4 Titisan Essential Oil
Akhir sekali, campurkan kesemua bahan tersebut dan tuangkan ke dalam botol penyembur kemudian goncangkan selama beberapa saat.
Selepas itu, campuran cecair tersebut sudah boleh untuk diguna pakai bagi kerja-kerja mencuci debu habuk yang ada di dalam rumah anda. Mudah kan? Selamat mencuba!
Sumber: Instagram Jason Jezi
Ingin lebih tahu pelbagai tips untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi IMPIANA. Klik di sini.
Aircond atau penyaman udara tiba-tiba tak sejuk. Selain berpunca daripada kehabisan gas, ia jua disebabkan oleh kotoran atau habuk yang dah tepu pada bahagian penyaring (filter) atau kipas outdoor unit.
Kebiasaannya, ramai yang ambil keputusan untuk memanggil orang untuk selenggarakan. Lepas tu kena bayar mahal-mahal. Ramai jugak yang mengeluh situasi ni terutamanya apabila di tengah bulan. Jadi tak pasang lah aircond sampai tunggu gaji baru panggil orang service.
Sebenarnya anda boleh je service sendiri unit aircond tu. Mula-mula cuba cuci dulu unit aircond. Ia tak memerlukan peralatan yang rumit. Hanya masa dan tenaga sahaja diperlukan. Lepas dah cuci itu pun masih tak berapa sejuk, itu maksudnya dah habis gas. Barulah tambah gasnya.
Macam mana nak cuci aircond?
1) Filter
Buka penutup depan indoor unit dan keluar filter yang macam jaring dalam tu. Filter ni kena sentiasa dibersihkan sekurang-kurangnya 1 bulan sekali.
Basuh dengan sabun serbuk kemudian sental dengan berus plastik (jangan guna berus sabut). Lepas itu, bilas dengan air paip. Jemur sehingga kering.
2) Indoor Condenser Coil
Sementara tunggu filter tu kering, vacuum pada condenser coil dan lubang yang ada pada cover indoor unit tu kasi buang habuk dia. Kalau ada habuk yang degil sangat melekat tak nak keluar pada condenser coil tu cara dia senang sahaja. Ambil spray masukkan air paip sembur sikit bagi lembap. Sebelum tu off kan suis aircond dan cabut plug,cover tempat-tempat elektronik board dengan plastik.
Kemudian ambil berus gigi yang sudah tidak digunakan atau berus kiwi kasut ataupun berus cat, sapu perlahan-lahan pada condenser. Tapi hati-hati jangan sampai mencederakan `sirip aluminium’ pula (yang macam bentuk sikat tu). Cuci sampai puas hati.
3) Blower Fan
Blower fan ini kalau habuk tebal melekat dekat badan dia, angin akan menjadi perlahan sebab itu akan rasa udara sejuk yang keluar tu macam tak sampai. Cara nak cuci blower fan ini tak perlu susah hanya guna kaedah vacuum dan gosok dengan berus gigi atau berus cat. Jangan spray dengan air takut nanti habuk melekat susah nak vacuum.
4) Outdoor Compressor Coil
Yang ini pun kena cuci jugak. Cuba jenguk di bahagian sirip kompressor itu, kalau habuk dah tebal sampai tak nampak coil dalam maknanya memang dah kena sental. Cara dia sama seperti cuci indoor condenser coil.
Tembak je dengan air tapi kalau tak boleh juga terpaksa buka cover outdoor tu kemudian sental dengan berus plastik dan cuci dengan serbuk sabun.
Selepas itu dibilas dengan air semula. Cuci sampai nampak coil dan kalau boleh penglihatan kita tembus menerusi setiap sirip coil. Jangan takut nak siram air sebab compressor ini memang dah direka untuk tahan hujan mahupun panas.
Dah siap semuanya boleh pasang semula air filter yang sudah kering tadi dengan cover sekali. Siap sempurna semua bahagian telah di pasang dengan yakin, cuba on dan rasa udara yang keluar aircond indoor unit ada perbezaan atau tidak dari sebelum diselenggara.
Kalau sama, perlu buat chemical servis iaitu masukkan gas. Tapi part ni perlukan peralatan dan kemahiran khas. Lebih baik anda panggil orang yang mahir untuk isi gas sahaja.
Senang kan tak perlu susah-susah nak panggil orang buat kerja ni. Sendiri servis lebih puas hati.
Sumber: http://zulkidal.blogspot.my
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Apabila tiba masa untuk renovasi tandas atau bilik air, terdapat pelbagai aspek yang perlu dipertimbangkan. Termasuklah sinki, kemasan dan juga jubin. Kesuaiannya pula bergantung pada saiz, penggunaan serta konsep yang ingin diketengahkan. Bilik air yang kecil memerlukan lebih penelitian jadi pemilik perlu lebih peka dan bijak membuat pilihan agak ruang ini selesa dan praktikal untuk diguna. Disini IMPIANA himpunkan pelbagai variasi warna jubin untuk bilik air yang lebih menarik.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Setiap pemilik kediaman ada cara tersendiri dalam memastikan rumah sentiasa kemas, bersih dan teratur, sedap mata memandang. Begitu juga pilihan konsep dan citarasa dekorasi yang menjadi pilihan.