Wanita Ini Deko Rumah Ala Hotel Mewah Bajet Hanya RM30K

Share

Salah satu perkara yang paling menyeronokkan apabila pergi melancong adalah apabila kita dapat menikmati keselesaan gaya hidup ala bangsawan ketika tinggal dihotel hotel mewah. Katil empuk dengan cadar yang hangat, tandas luas yang bersih, serta balkoni dengan pemandangan indah. Sudah tentu seronok kan? Perkara ini lah yang cuba pemilik akaun fb Cik Piyya

terapkan pada kediaman Semi-D beliau yang terletak di Rembau, Negeri Sembilan ini.

Dengan memikirkan tentang keselesaan bilik hotel, Cik Piyya terlebih dahulu merancang susun atur dan dekorasi yang diingini sebelum memulakan renovasi. Ini bagi mengelakkan hiasan carca merba yang tidak teratur dan bercampur aduk selain dapat menjimatkan kos dan juga masa. Dengan berbekalkan kos perbelanjaan kurang RM30k, pemilik telah mengambil masa selama 5 bulan untuk menyiapkan rumah ala hotel nya dengan sempurna.

Mari sama-sama kita lihat transformasi rumah berkeluasan lebih kurang 3000 kaki persegi ini bertukar menjadi ruang mewah yang terlihat amat menawan dan selesa. Semoga bermanfaat dan menjadi inspirasi anda untuk mendeko.

 

SEBELUM PROSES RENOVASI

SELEPAS RENOVASI

Ruang Tamu

Ruang Makan

Bilik Tidur Utama

Published by
Amalina