Wanita Ini DIY Sendiri Bakul Baju Beroda Dengan Modal RM 15 Sahaja

Share

Rutin hujung minggu bagi si ibu adalah mengemas dan mencuci pakaian. Bagi keluarga besar atau yang hanya mencuci seminggu sekali, baju yang menimbun mesti berat untuk diangkat ke tempat mencuci. Nak-nak yang sudah di basuh dan masih basah. Tersalah angkat, sakit pinggang pula.

Namun, Puan Asma Asnidayu punya cara tersendiri untuk menyelesaikan masalah ini. Puan Asma mengambil keputusan untuk DIY sendiri je bakul baju beroda.

Tak perlu tunggu suami untuk buat bakul baju beroda ni. kalau beli di kedai, mahu harganya berpuluh ringgit. Buat sendiri puas hati nak macam mana pun boleh buat. Nak tinggi ke rendah ke. Ikut bajet sendiri. Saya buat bakul baju beroda ni tak sampai RM 15 pun.

Bahan-bahan:
Bakul kain (guna yang ada dirumah)
4 biji roda boleh pusing 360 darjah – RM 4.24
Cable tie 1 peket-RM 2.12
3 batang paip PVC (sebagai tempat pemegag- RM 1.60×3
Sesiku L Paip PVC – RM 0.50×2

Cara-cara:

1. ikat Roda pada bahagian sudut bawah bakul dengan menggunakan cable tie

2. Potong lebihan cable tie

3. Cantumkan paip PVC dan sesiku L. Nak cantik bahagian pemegang ni, balutan dengan wallpaper

4. Ikatkan bahagian pemegang PVC tadi pad bakul dengan menggunakan cable tie dan potong lebihannya

DAH SIAP!!!

Sumber:

Published by
Impiana