Rata-rata pemilik rumah sewa kini tidak berminat nak menghias kediaman mereka kerana beranggapan rumah itu bukan milik mereka dan mungkin hanya tinggal sekejap saja disitu jadi tak perlu membazir wang nak deko pun. Tapi sedarkah anda, rumah kita melambangkan keperibadian kita. Kalau rumah tak selesa dan kusam, apa pula orang akan fikir tentang tuan rumah tersebut nanti?
Itulah yang pemilik akaun fb Puan Syafiqah Syaza ingin tekankan kepada semua penyewa rumah diluar sana. Supaya jangan malas nak menghias atau mencantikkan kediaman walau hanya disewa sementara kerana ianya tidak memerlukan kos yang tinggi pun. Yang penting, perancangan yang teliti dan bijak. Kerana bak kata pepatah “hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih” jelas menggambarkan yang jika benar mahukan rumah yang cantik dan selesa, tak perlu tunggu cukup duit nak beli rumah sendiri pun. Mulakan dengan rumah yang disewa juga sudah memadai.
Terletak di Semabok, Bandar Melaka rumah sewa kampung yang mempunyai 2 bilik serta 1 bilik air ini dihias dengan konsep modern chinoiserie yang menggabungkan warna biru dan putih. Walaupun ruang terhad dengan keluasan 600 kaki persegi, tema itu dapat dizahirkan dengan baik sekali oleh pemilik. Perlu selalu diingat, hiasan dan susuan atur perlu disesuaikan dengan saiz ruang agar tidak nampak terlalu sarat dan serabut.
Mendapat ilham dan idea daripada perkongsian di IMPIANA sendiri, Puan Syafiqah mengambil masa lebih kurang 3 bulan sahaja untuk menyiapkan rumahnya sebelum musim perayaan yang lalu. Berlainan bagi setiap individu, beliau lebih selesa membeli barang online seperti di Shopee kerana mudah dan jauh lebih murah berbanding harga barang diluar sana. Jumlah RM1.5k termasuk perabot ruang tamu yang dibeli di kedai secondhand perabot hotel telah dibelanjakan. Pesan Puan Syafiqah lagi,
Bagi saya, untuk mula menghias kediaman, kena bermula dari rajinkan diri mengemas. Bila kemas, dari situ kita boleh fikir untuk idea dekorasi mengikut citarasa sendiri. Dan bagi saya, untuk menghias tidak perlu barang yang mahal, cukup nampak cantik dan harga berbaloi sudah memadai.
Ads
Ads
Ads
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Baru Je lipat, baru je susun dah bersepah balik,” Ini lah kata-kata yang sering dibebelkan oleh mak-mak dekat anak-anak ereka yang mempunyai almari pakaian sendiri. Betul tak? Jangan salahkan anak kalau almari baju mereka tak boleh kekal tersusun rapi dan kemas. Ia sebenarnya berpunca dari mak-mak dan ayah yang tak memberi mereka kemudahan untuk mengambil dan menyimpan baju dengan mudah. Kalau nak pastikan almari baju ank anda sentiasa kemas dan tersusun rapi, ni triknya:
Khususkan setiap bekas dan label
Gunakan kotak atau beaks khas untuk membezakan barang atau jenis pakaian yang disimpan. Seperti kotak pakaian malam, kotak pakaian jalan, stokin dan sebagainya. Jangan lupa di label untuk elak mereka keliru nak simpan atau mabil kotak yang mana jika ingin digunakan. Kalau anak anda belum boleh membaca, boleh letakkan gambar sabagai alternatif
Ni antara yang paling susah nak rutin kan mak ayah. Baju anak yang dah tak muat, koyak dan atau mungkin dia tak suak nak pakai, jangan lah disimpan di dalam almari. Nanti, mak-mak juga melenting bila anak pakai baju yang dah koyak kan. Mula lah cakap “macam tak ada baju lain,” hai lah anak. Lakukan langkah ini secara rutin 2 kali setahun untuk memastikan pakaian yang tidak dipakai dapat diasingkan. Nanti, boleh lah derma baju tu ye
Sediakan ruang simpanan sesuai dengan keperluan anak
Pastikan almari yang disediakan terjangkau untuk si anak nak capai ambil dan letak barang. Untuk bahagian yang tak lebih tinggi dan sukar disampai oleh anak-anak, ia menjadi ruang kendalian mak-mak ye. Selain itu juga, sediakan ruang mengikut zon.
Libatkan anak untuk mengemas dan menyusun atur almari
Rutin untuk mengasing dan menyusun almari yang dilakukan sekurang-kurangnya 2 kali setahun tu, sepatutnya anda boleh libatkan anak. Secara tidak langsung, ia mendidik anak untuk mengeams dan menyusun pakaian dalam almari mereka sendiri
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Masih bising lagi baik di dalam tv dan meda sosial mengenai kenaikan harga penggunaan TNB secara mendadak. Perkara ini dikesan kebanyakkanya berpunca selepas penukaran meter lama ke pada smart meter. Tapi, ada satu posting dari pekerja TNB Fawwaz Johari yang menerangkan bahawa bil elektriknya dalam lingkungan RM40-70 sebulan selepas penukaran smart meter.
Ada pengguna yang mengalami situasi seperti Fawwaz tak? atau semua nya bil melambung juga? Kebanykkan bil yang diterima pengguna mendapat peningkatan lebih dari 40% setakat yang di lihat dan perkongsian rakan-rakan IMPIANA. Jom kita tengok macam mana Fawwaz boleh jadikan bil elektriknya hanya RM 40-70 sebulan selepas penukaran smart meter walaupun kediamannya mempunyai 4 air cond.
Viral harini di media sosial mengenai bil elektrik yang tinggi setelah TNB menukarkan ‘Smart Meter’ yang baru menggantikan meter TNB yang lama.
Saya adalah salah seorang pekerja TNB. Posting saya ini bukanlah bertujuan untuk menjawab atau menjelaskan mengenai ura-ura bil elektrik yang dikatakan meningkat tersebut. Namun hanya untuk kongsikan kaedah dan cara yang anda boleh lakukan untuk menjimatkan bil elektrik di rumah anda.
Ingin saya nyatakan disclaimer disini bahawa kaedah dan cara ini bukanlah saranan daripada syarikat TNB, namun hanya sekadar perkongsian peribadi berdasarkan penggunaan elektrik di rumah kami di Melaka.
Sebelum saya mulakan, izinkan untuk saya kongsikan dahulu mengenai latar belakang kediaman kami di Melaka ini. Rumah yang kami duduki ini adalah rumah 2 tingkat. Ia ini mempunyai 4 bilik, dan setiap bilik dipasang dengan alat penghawa dingin. Di ruang tamu rumah pula dipasang dengan 2 set alat penghawa dingin.
Rumah ini secara kebiasaannya di diami oleh ibu bapa saya, dan setiap malam mereka akan memasang alat penghawa dingin di bilik mereka. Manakala bilik-bilik lain pula akan dipenuhi dengan adik beradik saya yang lain pada setiap kali hujung minggu dan setiap kali musim cuti.
Rumah ini telah dipasang dengan ‘Smart Meter TNB’ pada bulan Februari 2019 yang lalu. Di sini saya sertakan gambar bil elektrik terkini rumah saya pada bulan lepas, iaitu HANYA SEBANYAK RM 62.30.
Bagaimanakah kami lakukannya?
Di bawah ini saya kongsikan tips dan gambar-gambar tentang bagaimana cara ia dapat dilakukan.
1. Gunakan teknologi inverter
Pertama sekali, bagi yang menggunakan alat penghawa dingin, pastikan anda menggunakan penghawa dingin yang mempunyai teknologi inverter.
Kesemua penghawa dingin dan peti ais yang ada di rumah kami ini telah dilengkapi dengan teknologi inverter ini.
Harganya mungkin mahal sedikit berbanding dengan peralatan yang biasa, namun anda hanya perlu membayar harga tersebut sekali sewaktu pembelian, dan kemudian anda boleh dapat menikmati penjimatan elektrik yang berterusan dalam jangka masa yang panjang.
2. Peralatan elektrik berstatus “5 bintang”
Apabila anda pergi ke kedai peralatan elektronik seperti One Living, Seng Heng, Home Pro, Courts Mammoth dan sebagainya, anda akan mendapati terdapat tanda 1-5 bintang pada setiap barangan elektronik yang dijual. Belilah barangan yang mempunyai 5 bintang. Bintang itu adalah Standard yang telah dikeluarkan oleh pihak Sirim untuk menyatakan “Energy Efficiency” peralatan tersebut. Peralatan yang efisien akan dapat lebih menjimatkan penggunaan elektrik di rumah anda.
3. Tidak menggunakan alat-alat pemanas elektrik:
Diantara peralatan yang tidak digunakan di rumah kami di Melaka ini termasuklah:
– pemasak nasi elektrik
– cerek air elektrik
– water dispenser
Bagi tujuan memasak, kami menggunakan gas api. Kami menanak nasi di dalam periuk dan menggunakan cerek api untuk memanaskan air.
Pemanas elektrik yang digunakan di rumah kami ini hanyalah seterika dan ‘water heater’ untuk mandi.
4. Menggunakan lampu LED
Kesemua lampu yang dipasang di rumah kami ini diperbuat dari LED. Penggunaan lampu LED ini dikatakan dapat mengurangkan 75% penggunaan elektrik berbanding dengan lampu-lampu biasa.
5. Mencabut plug selepas menggunakan alat elektrik
Selepas menonton TV, mengecas telefon bimbit, menggunakan seterika, atau menggunakan mesin basuh, tutup suis dan cabut sekali plug yang digunakan. Sekiranya extension wire digunakan, cabut sekali plug extension wire tersebut apabila ianya tidak digunakan.
Melalui pengalaman di rumah-rumah yang pernah melakukan cara ini, kadar elektrik adakalanya dapat dikurangkan sebanyak RM15-RM50. Kadar penjimatan bergantung kepada jenis rumah dan jenis peralatan elektrik yang digunapakai.
Untuk mendapatkan penjimatan yang lebih banyak, anda juga boleh mencabut plug ‘wifi’ di rumah anda pada waktu malam apabila semua orang tidur dan tidak menggunakannya.
6. Menggunakan ‘Turbine Ventilator’ di bumbung
Untuk memastikan rumah berada di dalam keadaan sejuk, Turbine Ventilator telah dipasang di atap rumah ini. Turbine ventilator ini berfungsi untuk membenarkan udara-udara panas yang terperangkap di dalam bumbung untuk keluar. Kekosongan udara di bahagian bumbung itu pula akan menyebabkan udara panas lain yang ada di dalam rumah ditarik pergi ke bahagian atas bumbung tersebut. Dengan menggunakan Turbine Ventilator ini, suhu rumah dapat diturunkan.
7. Memanam pokok di dalam dan luar rumah
Antara hobi ibu saya adalah menanam pokok. Ibu saya telah menanam pelbagai jenis pokok dan tumbuhan di sekeliling dan juga di dalam rumah kami. Bapa saya pula akan membantunya untuk menyiram pokok-pokok tersebut pada setiap hari.
Pokok diketahui dapat mengurangkan suhu udara. Dengan adanya pokok-pokok ini, udara di rumah kami biasanya berada pada suhu yang rendah. Oleh itu, kami jarang perlu membuka penghawa dingin di waktu tengahhari, melainkan pada hari yang benar-benar panas ataupun ketika tetamu datang ke rumah.
Di samping itu, pokok juga berfungsi untuk mengeluarkan oksigen dan menyerap karbon dioksida. Dengan mempunyai pelbagai jenis pokok di sekeliling rumah kami, kami sekeluarga dapat menikmati udara yang segar dan pemandangan yang indah pada setiap hari.
8. Penggunaan elektrik penghawa dingin dapat dikurangkan dengan suhu sekeliling yang rendah.
Apabila sekeliling rumah bersuhu rendah, penghawa dingin tidak perlu menggunakan tenaga yang lebih untuk menurunkan suhu kepada suhu yang dikehendaki.
Sebagai contoh, jika suhu sekeliling adalah 30°C, manakala suhu yang dikehendaki pula adalah 23°C. Maka perbezaan suhu adalah sebanyak 7°C, ini menyebabkan penghawa dingin perlu bekerja keras untuk menurunkan 7°C tersebut.
Bayangkan jika suhu sekeliling rumah hanya 25°C, penghawa dingin cuma perlu menurunkan suhu sebanyak 2°C untuk mendapatkan suhu yang dikehendaki. Maka dengan adanya pohon-pohon tanaman berserta dengan Turbine Ventilator, tenaga elektrik dapat dijimatkan dengan lebih banyak.
9. Kredit kepada ibu bapa saya iaitu Johari Judan & Dr Zorina Khalid kerana telah berusaha untuk menjaga alam sekitar. Dengan semangat mereka, kami dapat menikmati pemandangan yang indah, udara yang nyaman dan sejuk apabila pulang ke rumah di melaka, di samping ia dapat menjimatkan bil elektrik rumah kami.
[Nota tambahan: perkongsian ini mungkin tidak relevan bagi mereka yang tidak menggunakan alat penghawa dingin di rumah mereka]
Pada pendapat IMPIANA, ada beberapa point yang dikongsikan Fawwaz memang benar dan dapat membantu mengurangkan kadar pengunaan elektrik yang kita tidak sedar. Namun, masih tertanya-tanya, penggunaan air-cond sampai 4 dengan kapasiti bayaran tak samapi RM 70 tu masih di ragukan. APA PENDAPAT ANDA?
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Musim durian kembali. Memandangkan Perdana Menteri dah beri kebenaran rentas negeri, pasti ramai yang mengambil kesempatan untuk pulang ke kampung bertemu keluarga yang terpisah lebih 3 bulan.
Dah lama tak balik, macam-macam buah tangan nak dibawa pulang. Salah satunya adalah durian. Siap ada yang buat sesi berjemaah makan durian pun ada. Tapi antara perkara yang sering dirungutkan dan tak boleh terima adalah bau durian yang melekat dalam kereta untuk tempoh yang lama. Ada tu, sampai seminggu.
Sebeanrnya, ada cara mujarab dan lebih cepat nak hilangkan bau durian terperangkap dalam kerete. Tak susah pun. No. 1 dan 2 memang ramai tak tahu.
1. Guna kotak dan surat khabar
Kebiasaanya, penjual akan menyediakan pelastik atau guni untuk tujuan pembukasan, Apa kata anda letak durian dalam kotak dan sebaiknya sekeliling durian tersebut diletakkan surat khabar. Kaedah ini berupaya mengurangkan kadar pembebasan bau durian di dlam kereta
2. Tukarkan tatapan air-cond.
Tip ini paling cepat dan mujarab. Masa membawak durian mahupun selepas, tukar tatapan aliran air-cond anda kepada pengudaraan bebas. Iaitu, angin yang disedut akan terus keluar dari kereta. Kalau yang menggunkan aliran biasa, udaranya akan berpusing dan terperangkap di dalam kenderaan. Hal ini akan menyebabkan bau durian yang terperangkap lambat hilang
3. Arang
Ini antara petua yangtelah digunakan sejak dulu lagi. Arang terutamanya dari buluh berupaya meneutralkan sebarnag bau busuk yang terperangkap dalam kenderaan termasuklah durian. Tapi, bukanlah bermakna anda pelu letak satu bongkah besar arang. Ia perlu di kecil-kecilkan untuk memudahkan penyerapan bau.
4. Baking soda
Kalau taka da arang, baking soda pon boleh. Namun, bukanlah sebarangan baking soda yang sesuai. Yang digunakan untuk membuat kek dan roti tu, kandungan nya tak begitu kuat. Anda perlu dapatkan baking soda dari hardware. Letakkan baking soda di dalam bekas terbuka untuk lebih mujarab.
5. Serbuk kopi
Perasan tak kala pergi counter perfume, penjual akan bagi kita biji kopi untuk hidu sebelum mencuba aroma lain? Kopi seperti arang bersipat menutralkan bau. Untuk dapatkan kesan yang lebih proaktif, gunakan serbuk kopi yang belum digunakan sebab aromanya masih kuat dan segar.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Persoalan yang lebih penting ketika ini kepada ramai orang dalam pasca raya dengan keadaan kos sara hidup makin meningkat adalah benar-benar ke bersedia untuk mengubah hidup mereka.