Selalu kan kita mengalami situasi di mana tahi cicak yang bersepah kerap berada di tepi pintu atau tingkap? Stress sebab kerja mencuci nya tak pernah putus. Silap-silap, dah sental pun masih ada kesan yang menyemak kan mata. Tapi wanita ini kongsi pengalaman dan petua yang beliau amalkan untuk mudah cuci tahi cicak yang melekat-lekat di tingkap. Jom kita tiru cara Muna Binti Mohammad bagaimana dirinya mengatasi masalah ini.
Selalu tak alami masalah taik cicak kot tepi tepi tingkap rumah?
Kat studio ni sebab tak duduk jadi memang selalu ada taik cicak banyak juga. Sebelum kelas mesti kena cuci dulu. Tak larat oih nak sental dengan berus sebab kadang kadang jadi keras kerana seminggu sekali barulah ke sana.
Jadi sejak 3 minggu amalkan petua ni sekarang takda sangat dah taik cicak kat tingkap. Bolehlah kalian amalkan.
Bahan-bahan:
1/3 cuka makan
1/3 air
1/3 cecair basuh pinggan (guna yang murah pun takpa)
Ads
Cara-cara:
Ads
Campurkan semua bahan dan spray atas tahi cicak yang melekat pada tingkap. Kalau ada bahagian lain seperti lantai atau penjuru rumah, ramuan ini turut berkesan untuk membersihkan 100% sisa cicak. Mujarab juga jika spray di kawasan yang banyak semut suka melata.
Nak beli sebuah rumah walaupun sekecil dan semurah mana pun sekarang ni bukan nya mudah. Pelbagai aspek yang perlu diteliti dan dikaji. Jika semberono je membeli, silap-silap kita yang akan rugi. Paling menyedihkan, ada juga yang ditipu.
Orang yang gaji RM 3K sebulan pun belum tentu mampu memiliki rumah sendiri. Ini kan lagi untuk memiliki hartanah di usia yang muda. Kalau mak pak kita bukan orang kaya, jangan harap lah kan.
Namun baru-baru ini, perkongsian di laman tweeter di akaun seorang gadis yang menggelarkan diri Cek Ifa berjaya menarik perhatian apabila ia berja memiliki sebuah hartanah yang bernilai RM 500K di usia 24.
WOW! Hebatkan. Namun Cek ifa yang menetap di Kedah ni tak kedekut berkongsi pengalaman dan cara macam mana dia berjaya memiliki sebuah hartanah yang boleh dikatakan mewah di usia muda.
1. Berniaga kecil-kecilan
Seawal usia 17 tahun (lepas SPM) Cek ifa dah mula buat perniagaan kecil-kecilan dan duit tersebut disimpan dalam bank walaupun sedikit.Ia penting untuk membuktikan kepada bank wujudnya transaksi. Kata Cek Ifa, kalau nak ambil pun jangan bagi sampai kosong simpanannya. Tinggalkan sedikit.
Kalau ada modal lebih, boleh buka akaun atas nama perniagaan. Bank lebih yakin walaupun perniagaan nya kecil sahaja.
2. Simpan duit Overtime
Bila dah mula kerja, Cek Ifa buat overtime. Die kata walaupun jumlah OT RM50 / bulan pun bank ambil kira dan duit itu disimpan.
3. Melabur dalam ASB
Walaupun ada bank mengatakan ASB adalah beban atau expenses, tapi ada setengah bank kira ia sebagai pendapatan dan simpanan tetap. Jadi bila nak buat loan rumah boleh mohon pada bank yang anggap ASB sebagai simpanan tetap atau pendapatan tadi.
4. Pemilihan pemaju yang tepat
Cari pamaju yang tanggung semu kos seperti bayaran guaman dan lain-lain, Rumah yang ditawarkan rebate pun wajib menjadi pilihan.Seperti Cek Ifa, dia hanya perlu bayar 1% dari deposit 10% sebab tadi telah di beri rebate.
5. Beli rumah yang tak siap lagi
Kaedah ini IMPIANA tengok agak membahayakan. Tapi kalau pemaju tersebut diyakini dan bukan pemaju-pemaju yang cokia punya, tak ada risiko.Kebanyakkan pemaju ada yang jual perumahan masa belum pecah tanah pun lagi. Masa ni lah harga memang jauh berbeza. Ini lah cara pemaju menarik minat pembeli.
Macam Cek Ifa, dia beli rumah tu 2 tahun lepas masa tu baru peringkat pecah tanah sahaja. tapi kini nilai hartanah yang dibeli setelah mula diduduki telah mencecah RM 500K.
Tapi nak dapat peluang-peluang macam ni Cek Ifa kata kene salalu survey. Tapi kalau ada pameran-pameran hartanah tue boleh juga pergi tengok-tengok. Nak beli rumah ni tak boleh terburu-buru.
6. Tekad dan azam
Cek Ifa ni, dia dah tanam kan azam sejak umur 19 tahun untuk memiliki sebuah rumah pada usia sebelum 25. Jadi bila anda punya azam, apa pun yang nak di lakukan anda akan jadikan azam tadi sebagai pendorong. Nak keluarkan duit lebih-lebih pun takut.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di
Dapur merupakan tempat untuk menyediakan serta menyimpan berbagai bahan makanan. Oleh itu, akan terdapat berbagai aroma di dapur, bermula dari aroma sedap hasil masakan atau bau yang kurang menyenangkan dari beberapa bahan atau sisa masakan. Antara bahan makanan yang sering menimbulkan bau adalah ikan, bawang, tapai, durian dan masih banyak lagi.
Memakai pewangi ruang jenis semburan boleh menimbulkan rasa takut kerana bahan kimia yang terkandung di dalam pewangi boleh mencemari bahan makanan yang banyak terdapat di dapur. Jika pewangi jenis gel pula tidak tahan lama. Oleh itu, IMPIANA ingin berikan anda tips menghilangkan bau kurang menyenangkan di dapur menggunakan bahan alami sekaligus menjimatkan duit poket anda.
KOPI HILANGKAN BAU AMIS
Bagi anda yang gemar membancuh kopi di rumah pasti ruang dapur anda tidak ada masalah dengan bau. Kajian telah dibuat oleh para saintis, aroma yang dikeluarkan dari kopi mampu meneutralkan bau sekelilingnya. Jadi apa yang harus anda lakukan adalah, bancuh kopi di saat bau yang kurang menyenangkan hadir di dapur anda.
BAKING SODA HILANGKAN BAU SINKI
Sinki seringkali mengeluarkan bau yang tak sedap. Ada cara mudah untuk menghilangkan bau itu. Bersihkan sinki anda dengan sabun pencuci pinggan, kemudian bilas. Tuang setengah sudu baking soda ke dalam sinki dan lubang sinki, biarkan selama satu jam. Setelah itu, bilas sinki anda dengan air panas.
ARANG HILANGKAN BAU TEMPAT SAMPAH
Jika anda meletakkan tempat sampah di dapur, pasti akan ada bau yang kurang sedap akan muncul. Untuk mengatasinya, letakkan beberapa potong arang pada tempat sampah tersebut. Tapi anda haurs diingatkan, jangan lupa untuk membuang sampah secara teratur. Lakukan pada malam hari setelah aktiviti dapur selesai.
KULIT LIMAU & LEMON BUAT DAPUR WANGI
Ingin dapur beraroma wangi dengan bahan alami? Mudah saja, rebus kulit limau atau lemon dengan 1/2 gelas air. Aroma segar alami yang dikeluarkan jeruk dan lemon tersebut akan membuat dapur anda menjadi segar. Atau, anda juga boleh meletakkan kulit limau atau lemon di dalam microwave selama kurang lebih lima minit.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di
Ketahui langkah penting dan rutin kebersihan rumah bagi pencegahan influenza. Lindungi keluarga anda dengan amalan harian mudah yang mencegah jangkitan virus di rumah!