Frame kufi memang harganya agak mahal. Ada tu yang makan harga sampai RM 300. Tapi, Myrah Che Rani berjaya buktikan, dengan modal hanya RM 32 pun ia masih berjaya menghasilkan frame kufi menggunakan material canvas. Nak tahu apa bahan-bahan yang diperlukan dan cara-caranya. Jom baca ni
Bahan-bahan:
Kayu 1 x 1/2 inci sebagai frame (Lebihan kayu dibelakang rumah)
Kepinggan kufi (tempah dekat kedai, 1 kaki RM 2.00. Total untuk 3 frame ni RM 28.00)
L bracket (RM 2.00)
Screw (RM 2.00)
Alat-alat:
Stapler gun
Drill
Gunting
Cara-cara:
1. Sediakan kayu mengikut saiz bingkai yang dikehendaki. Contoh ukuran yang digunakan dalam gambar adalah 1.5×1.5 kaki (2 unit) dan 1.5 x 2.5 kaki
2. Sambung kayu membentuk bingkai dengan menggunakan “L” bracket
3. Potong banner yang telah ditempah dan basi kan sedikit untuk memudahkan ia dilekatkan dengan kemas pada bingkai kayu tadi
4. Posisikan betul-betul bingkai di atas banner
5. Stepler banner pada binggkai dan pastikan ia betul-betul tegang
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Bina Loteng Rumah Ukuran 21ft x 11ft, Cantik & Kemas Hasilnya Kos RM13,000
Memiliki siling tinggi satu kelebihan buat sesebuah kediaman. Ia boleh dimanfaatkan dengan membina loteng untuk memaksimumkan fungsi ruang di rumah. Ia boleh dijadikan ruang sebagai tempat solat, bilik tambahan, bilik bacaan, ruang santai keluarga dan sebagainya.
Jika ingin membina loteng di rumah, boleh ikut idea binaan loteng yang dikongsikan oleh Mohamad Izwan ini. Memang kemas dan cantik hasil kerjanya.
Loteng 21ft x 11ft
Tinggi dari tiles 9ft
Tinggi dari lantai loteng 8ft
Material Diperlukan:
2x4x1.6mm frame besi
Lantai kayu Merbau 18mm
Ceiling PVC (RM90 19ft x 1ft)
Anak tangga PVC deck 1″
Wiring lampu atas 3 point (led)
Wiring lampu bawah 4 point (downlight)
Wiring kipas 1 point
Wiring 1 point plug (double) atas loteng
Info Ekstra!
- Skru terus dekat rangka, tak perlu buat rangka untuk siling lagi.Wiring duduk dalam besi, jadi tak perlu buat rangka siling lagi.
- Jarak anak tangga 10″.
- Kos bergantung pada ukuran dan finishing. Loteng macam ni RM 13,000.
Mesti Baca:Jangan Biar Ruang Atas Tangga Kosong, Boleh Jadi LOTENG Solat
Baca Lagi Di Sini:Binaan Loteng Beri Nafas Baru Rumah Lama, Ruang Tamu Tampak Lebih Kemas
Artikel Menarik:Rumah Siling Tinggi Boleh Buat Loteng, Guna Setiap Ruang Sebaik Mungkin
IMPIANA: Menarik idea binaan loteng yang dikongsikan ini. Kemas dan cantik hasil kerjanya, malah boleh memaksimumkan fungsi ruang di rumah.
Sumber:Mohamad Izwan
Follow kami di WEBSITE, TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK dan YOUTUBE untuk dapatkan tip, idea dan artikel-artikel terkini serta menarik.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Sudah Bosan Dengan Bunga Hiasan Sedia Ada? Apa Kata Anda Hias Dengan Menggunakan Bunga Pampas Pula, Pasti Menarik!
Anda sudah berasa bosan dengan bunga hiasan yang sedia ada di rumah? Sudah mula terfikir untuk mencari ilham serta idea mendekorasi yang lebih menarik?
Apa kata anda cuba menggunakan bunga Pampas pula sebagai pilihan bunga hiasan yang terbaharu dalam ruang rumah anda. Pasti tampak lebih menarik!
Bagi anda yang tidak tahu bagaimana caranya untuk menghias atau mendekorasi bunga Pampas ini, jangan berasa bimbang kerana IMPIANA akan berkongsi cara-caranya bersama anda.
Ini juga kerana dalam segmen Buat Sendiri episod kali ini telah berkongsi idea cara hias bunga Pampas supaya tampak lebih menarik. Anda boleh mempelajari caranya dengan menonton video penuh tersebut pada pautan di bawah;
Jika anda mahu dapatkan bunga Pampas yang sama seperti tertera dalam video ini, anda boleh membuat pembelian secara dalam talian menerusi laman sesawang www.kayanganliving.com.
Ingin lebih tahu pelbagai tips untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram dan TikTok rasmi IMPIANA.
Baca artikel berikutnya: Ingin Dekorasi Rumah Tampak Mewah? Gunakan Bekas Tisu Jenama Dari Kayangan Living, Gerenti Puas Hati!
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Makeover Bidai Roman Guna Wallpaper, Mudah Dilap Dan Tak Perlu Cuci!
Roman shade memang nampak cantik dan kemas. Namun adakalanya, keinginan terbantut dek harganya yang agak mahal. Namun bagi Fazlina Samsuddin kaedah diy adalah jalan terbaik untuk memperolehi bidai ini.
Menariknya Fazlina Samsuddin tidak menggunakan fabrik untuk membina bidai roman shade ini. Hanya menggunakan wallpaper kerana lebih jimat dan tahan lebih lama.
Nak tahu macam mana? Jom kita belajar cara membuat roman shade Fazlina Samsuddin ini
Bahan-bahan:
Wallpaper kalis air
Gam serbaguna
Pita pelekat kertas
Double side tape
Tali (macam tali jala tu)
Gunting
Pisau
Stapler tembak
Kayu 1 inci
Skru cangkuk
Velcro tape
Lidi sate (kalau ada kayu halus yang panjang seperti saiz lidi sate lebih sesuai. Potong hujung lidi yang tajam
Cara-cara:
1. Ukur saiz tingkap yang akan diletakkan roman shade. Ukuran diambil tinggi x lebar.
2. Dah dapat ukuran, potong wallpaper mengikut keperluan tingkap. dan lipatkan dua (anggaran 1.2″) di bahagian atas wallpaper dan gam kan. Guna double side tape pun boleh, Bahagian tepi pun lipat juga dan gam kan. Ini bermakna, dari ukuran asal tingkap tadi anda perlu lebihkan 1.2″ di bahagian atas, bawah dan sisi sebagai kemasan
3. Mulakan lipatan seperti kipas dari bawah wallpaper. Untuk lipatan pertama, anda perlukan ukuran 7 inci dan berikutnya 8 inci sehingga atas. Untuk lipatan yang paling atas bagi basinya lebih sedikit lebih kurang 2 inci untuk nampak lebih cantik. ini bermakna, lipatan paling atas keseluruhanya 10 inci tinggi.
4. Buat batang penyokong roman shade dari lidi sate. Untuk cantumkan lidi tadi jadi panjang gunakan pita pelekat kertas
5. Aturkan batang lidi yang telah siap dicantum tadi atas garisan lipatan pada wallpaper dan lekatkan dengan pita pelekat sepanjang lidi. Hanya tinggalkan ruang kanan dan kiri (6 inci) dari sisi tidak terlekat sebagai tempat ikat tali nanti.
6. Ambil kertas lain atau wallpaper yang sama, tampalkan di bahagian belakang wallpaper sebagai kemasan. Jangan lupa tebuk lubang untuk tujuan kita ikat tali untuk tarik pada bahagian yang tidak dilekat dengan pita pelekat kertas
7. Ikat tegang dan kemas tali pada bahagian yang tidak dilekatkan tadi dan biarkan basi banyak di bahagian atas sebagai tempat pemegang untuk ditarik. Perlahan-lahan tarik tali yang melekat pada batang sokongan roman shade. dah hampir siap dah.
8. Bahagian atas, lekatkan velcro tape untuk memudahkan ia digantung pada bingkai
9. Untuk tempat menggantung, gunakan batang kayu 1 inci dengan panjang mengikut kelebaran roman shade tadi. Balutkan kayu tersebut terlebih dahulu dan letakkan skru cangkuk sebagai tempat pemegang tali dan tape velcro di bahagian hadapan sebagai tempat tampal wallpaper tadi. Setelah siap, drill kan kayu tersebut pada bahagian atas tingkap.
p/s: dalam gambar ni saya guna polystren dulu sementara nak cuba letak di dinding
10. Dah drill kayu pada tingkap, masukkan tali pada penyangkuk skru tadi dan pastikan basi kedua-dua tali terletak di sebelah kanan untuk memudahkan ia di tarik. Lekatkan velcro tape pada wallpaper terus di atas bingkai kayu 1 inci tadi. SIAP
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI