Barang yang lama pun ada gunanya. Seperti yang dilakukan oleh Puan Mastura Mohd Yusoff, hobinya yang suka DIY dan Makeover barang-barang lama dan terpakai menjadi perhatian Impiana kali ini.
Baru-baru ini, Puan Mastura bekongsi cara untuk makeover 2 biji kerusi lama yang telah dibuang menjadi cleopatra sofa yang cantik. Nak tahu macam mana caranya, Jom kita tengok.
Assalamualaikum salam sejahtera sahabat semua. Sekali lagi jumpa 2 biji kerusi meja makan yang orang buang. Saya kutip dan jadikan sofa kayu ni. Cuma beli kain, spray clear dan span je. span tu, sy guna span tebal 8mm dan lapis kan 4 keping.
Di sini saya ada tunjuk kan step by step cara untuk membuat nya ya. Siapa-siapa yang ada kerusi meja makan yang dah tak elok tu, jangan ia dibuang. Boleh la buat sofa kayu ini.
1. Bersihkan kerusi dan buang alas tempat duduk kemudian potong kaki kerusi di bahagian hadapan seperti dalam gambar
2. Sambung kedua-dua biji kerusi dengan menggunakan kayu yang mempunyai lebar hampir sama dengan bingkai kerusi. Pakukan
3. Potong separuh bahagian penyandar. Pastikan ketinggian tempat potong tu sama. Kalau tak nak potong pun tak jadi masalah. Tapi sisi kerusi ini akan jadi lebih tinggi
Ads
4. Dah potong penyandar, kemas dan bentuk kan semula bahagian tersebut supaya lebih cantik dan menarik. Saya ambil dari bahagian bertanda ‘X’ sebagai ganti
Ads
5. Untuk alas tempat duduk, saya gunakan playwood tebal. Kemudian playwood tadi saya letakkan 4 keping span 8mm dan balut kan dengan kain.
Ads
6. Nak nampak lebih cantik saya buat lekuk-lekuk pada permukaan span dengan menggunakan skru dan tampalkan butang di atas skru tadi
Dapur basah belakang rumah konsep ‘dapur terbuka’ hasil air tangan suami dan anak. Kalau ada tanah lebih di belakang atau di tepi rumah, boleh tambah buat dapur basah. Ruang dapur basah ini sesuai sangat untuk memasak makanan yang berminyak dan yang mengeluarkan bau yang kuat.
Meskipun memiliki ruang dapur kering namun Naimah Md Ludin cukup berpuas hati dengan dapur basah yang dimilikinya. Apatahlagi dapur basah itu adalah hasil kreativiti suami dan anaknya.
“Kemas dapur basahdan kawasan belakang rumah sambil belai-belai pokok bunga dan pokok sayur. Ulam-ulam untuk makan harian. Konsep dapur terbuka (open kitchen). Hampir keseluruhan ruang DIY adalah hasil sentuhan suami dan anak. ”
Jom kita ‘cuci mata’ tengok dapur basah milik Naimah Md Ludin
Basuh baju mesti jumpa macam kerak-kerak hitam. Kenapa? itu menunjukkan drum atau tong mencuci mesin basuh anda dah berlumut. Apa yang perlu anda lakukan adalah cuci bahagian dinding tiub mesin basuh. Tak susah pun, janji ada perkakas yang tepat.
Walaupun mesin basuh anda ada tatapan “Tiub Cleaning” hasilnya tidak sama seeprti cucian yang Azim Ambak lakukan.
D.I.Y servis mesin basuh auto yang bertahun-tahun belum penah di servis. Nak upah orang, caj sampai RM 150. Baik servis sendiri baru puas hati. Cara buka saya belaajr dari youtube. kena ada special tools juga (rujuk pada gambar). Patutla bila kain baju siap basuh, mesti ada benda melekat, rupa2nya pasal
1. Keadaan drum setelah dibuka 2. bahagian dalam mesin yang juga berkerak 3. Sental perlahan-lahan permukaan drum dengan berus sabut 4. Bahagian dalam badan mesin pun perlu
Spannar yang perlu ada untuk buka mechanism nut didalam tong drum.
Update: tool nie hanya diperlukan untuk brand LG/Panasonic/Samsung sahaja. Manakala brand Sharp/Toshiba/Haier hanya perlu ada spannar T-10 sahaja. Nak beli pembuka skru ni, boleh klik sini https://invol.co/cloqny
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Yang duduk rumah bersaiz kompak, Penyediaan ruang simpanan sangat kritikal. Selagi ada dinding yang kosong, sebolehnya nak digunakan sabagai tempat simpanan. Kalau rumah sendiri tak apa. Boleh tebuk dinding untuk buat kabinet dinding atau rak terbuka.
Tapi yang menyewa, memang terang-terang pemilik tak bagi paku atau tebuk dinding melaikan dibernarkan. Tapi, Mohd Hafizallah Ariffin ada idea lebih bijak bina tingkat untuk ruang simpanan atas mesin basuh tanpa perlu tebuk dinding dengan hanya menggunakan paip PVC
Senarai barang yang digunakan ialah :
1. Penyambung ‘L’ pipe pvc – RM 0.47 sebiji(beli di kedai mr.d.i.y)
(2 biji x 0.47 = RM 0.94) 2. Penyambung ‘T’ pipe pvc – rm0.66 sebiji(beli di kedai mr.d.i.y)
(12 biji x 0.66 = RM 7.92) 3. Siku ‘L’ besi – RM 2.00 sepeket(beli di ledai eco) 4. Papan – RM 8.00(kalau tak silap) sepapan(beli di ikea)
(2 papan × 8.00 = RM 16.00) 5. Batang pipe pvc – RM 1.51 sebatang(beli di kedai mr.d.i.y)
(8 batang × 1.51 = RM 12.08)
Papan itu boleh cari tempat lain kalau ade tempat yang lagi murah dan kualiti yang baik….
Siku ‘L’ saya lekatkan dengan skru di penyambung pvc untuk lebih kukuh dan berkeyakinan.
Sambungan yang lain mesti guna gam untuk pvc punye bile semua ukuran da cantik dan memenuhi citarasa.
Sekian Terima Kasih, Selamat Mencuba
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Setiap pemilik kediaman ada cara tersendiri dalam memastikan rumah sentiasa kemas, bersih dan teratur, sedap mata memandang. Begitu juga pilihan konsep dan citarasa dekorasi yang menjadi pilihan.