Kotak tanaman francais atau french planter box memang jadi idaman ramai peminat-peminat taman inggeris. Ia sesuai diletakkan di hadapan pintu masuk, laluan dan sebagainya. Hadirnya lebih memberi dimensi yang berbeza kerana kotak tanaman ini mempunyai karakter nya yang tersendiri.
Tapi untuk memiliki sebiji kotak tanaman ini harganya agak merunsingkan. Apa kata sahabat laman yang sentiasa rajin, buat sendiri. Kalau susah untuk potong kayu atau tak ada peralatan memotong yang mudah, bawa sahaja ukuran yang telah diberikan ke kedai barang tukanggan. Upah lah adik tu potong kan. Balik nanti tinggal paku sahaja.
Apa ukuran atau saiz kayu yang anda perlukan?
sisi: (12 keping)papan 1″x6″ dipotong 21.5″ panjang
Kaki: (4 batang) Kayu 2″x2″ dipotong 24″panjang
Bingkai atas dan bawah: (8 batang) 1″x3″ dipotong 16.5″ panjang
Sokongan bahagian dalam: (2 keping) 1″x2″ dipotong 16.5″ panjang dan (2 keping) 1″x8″ dengan panjang 16.5″
Untuk bentuk pangkah : (4 keping) kayu bersaiz 1″x2′ dipotong panjang 22.5″ dengan sudut 42 darjah pada hulu dan hilir kayu dan (8 keping) 1″x2″ dipotong dengan ukuran 10.5″ dan hulunya dipotong serong 45 darjah dan hilir 7 darjah.
Dah dapat semua ukuran, sediakan kayu mengikut keperluan yang telah disenaraikan. Apa lagi, mulakan menukang
1. Cantumkan kesemua 4 sisi kayu dan kukuhkan dengan paku
2. Jika anda merancang menggunakan skru, tebuk lubang siap-siap menggunakan kreg jig untuk kelihatan lebih kemas
3. Cantumkan ke semua sisi pada kaki yang berukuran 24″panjang
4. Selesai bentuk struktur utama kotak tanaman, Sediakan lantainya pula dengan menggunakan (2 keping) 1″x2″ dipotong 16.5″ panjang dan (2 keping) 1″x8″ dengan panjang 16.5″
5. Selesai keseluruhan struktur kotak tanaman, buat pula bantuk pangkah dengan menggunakan (4 keping) kayu bersaiz 1″x2′ dipotong panjang 22.5″ dengan sudut 42 darjah pada hulu dan hilir kayu dan (8 keping) 1″x2″ dipotong dengan ukuran 10.5″ dan hulunya dipotong serong 45 darjah dan hilir 7 darjah.
6. Siap sudah kotak tanaman. Bagi yang minat warna asalnya, hanya pelu lapiskan dengan sapuan perlindungan kayu seperti syelek kayu atau untuk memberi warna yang lebih menarik, gunakan cat khas untuk kayu.
7. Bagi megelak kayu terdedah kepada kelembapan yang tinggi dan akan mengakibatkan masalah cepat reput, letakkan satu lapisan plastik hitam atau landscape fabric di dalam tempat yang akan anda meletakkan tanah.
Sumber: https://centsationalstyle.com