Wanita Ini Tunjuk DIY Rak Baju Dari Bakul Bajet

Share

Rakyat Malaysia semakin kreatif. Barang yang dibuang dan tidak digunakan lagi, boleh di oleh menjadi sesuatu yang bernilai tinggi. Ada juga yang berjaya menghasilkan sesuatu dari bahan yang murah menjadi produk yang berharga. Tidak kurang hebat idea yang dikongsikan oleh Juria sidek.

Dari bakul yang murah dan dipandang hanya untuk kegunaan biasa-biasa sahaja, Juria berjaya menghasilkan sebuah rak baju serbaguna untuk mereka seisi keluarga.

Janji kemas, Murah tak semstinya tak berguna. Mahal tak semestinya sempurna.-Juria Sidek

Bahan-bahan:
20 biji bakul bersaiz besar
2 biji bersaiz kecil
1 peket cable tie
pisau/gunting

Cara-cara:
1. Potong kanan dan kiri bakul membentuk tingkap. Ruang ini yang akan menjadi bahagian hadapan rak baju


2. Cantumkan 2 bakul dan ikat dengan cable tie seperti dalam gambar


3.

Potong lebihan cable tie yang terdapat pada bakul yang telah dicantumkan. dan lakukan kepada semua bakul
4. Selesai, ikat secara bertindih pula bakul tersebut membentuk rak. SIAP!
Published by
Impiana