Hobi & Minat

Pemilik Kediaman Sanggup Berhabis Ubahsuai Bina Rumah Kucing Khas Di Anjung Rumah

Share

Atas rasa kasih mendalam pada kucing-kucing peliharaan, seorang wanita di Nakhon Pathom, Thailand telah membina rumah kucing khas di tingkat atas anjung rumahnya. Sasamon Sophin sanggup mengubahsuai rumahnya dengan membina ruang khas tersebut kerana risaukan keselamatan dan bimbang kucingnya hilang.

Ruang tersebut cukup luas berlantai papan dan dilindungi dengan jaring jeriji serta berbumbung. Ia yang membolehkan haiwan peliharaannya untuk bergerak bebas dan menghirup udara luar tanpa perlu menjejakkan kaki keluar rumah.

Malah kucing-kucing tersebut bebas bergerak dan bermain di kawasan yang luas sambil menikmati permandangan di luar. Jika hujan, kucing boleh masuk ke ruang di dalam rumah untuk berlindung.

Rumah kucing tersebut juga dihiasi dengan pepokok dan tanaman hijau serta para bertingkat untuk keselesaan kucing-kucingnya.

Inspirasi Bina Rumah Kucing

Sasamon memberitahu laman World of Buzz bahawa beliau mendapat inspirasi membina ruang itu setelah seekor kucingnya terlepas dari rumah.

“Ada suatu hari kucing saya lari keluar rumah dan ia pulang dengan bekas gigitan. Jadi saya menjadi bimbang akan bahaya yang boleh menimpanya,”

kata beliau.

Sasamon berkata bahawa dengan meletakkan ruang khas itu di atas anjung rumahnya, kucing-kucingnya terlindung dari bahang panas dan kadang-kadang dapat menikmati cuaca berangin.

Selain ruang besar itu, Sasamon juga mempunyai ruang khas di belakang rumah untuk kucing-kucingnya ‘melepak’ jika hujan memasuki ruang di tingkat atas. Dia juga memasang pintu kucing khas supaya haiwan-haiwan kesayangannya itu dapat bergerak bebas dalam rumah.

Sasamon dilaporkan sebagai telah menghabiskan dalam THB 80,000 (RM10,600) untuk membina ruang khas itu. Namun baginya, pelaburan itu dianggap berbaloi.

“Setiap kucing sedang mencari rumah, jadi saya jaga mereka sebaik mungkin kerana saya mahu semua kucing-kucing ini hidup dalam keadaan lebih baik,” ujarnya.

Mesti Baca: Ilham Bajet Rumah Kucing Yang Perlu Anda Cuba
Baca Lagi Di Sini:

Atasi Bau Kucing Di Rumah Guna Bahan Dapur Ini, Berkesan & Mudah
Artikel Menarik:Tip Pulang Ke Kampung Bersama Kucing

IMPIANA: Bagi peminat kucing, memang sanggup lakukan apa sahaja demi haiwan peliharaan kesayangan ini. Sanggup berbelanja besar untuk ubahsuai kediaman bukan perkara utama, asalkan kucing-kucing selamat dan di depan mata.

Sumber : Sasamon Sophin

Follow kami di WEBSITE, TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK dan YOUTUBE untuk dapatkan tip, idea dan artikel-artikel terkini serta menarik.

Published by
Suhaidah Binti Abd Wahab