Kisah seorang warga Indonesia yang berjaya membina rumah banglo mewah harga RM700K di kampungnya hasil bekerja di Malaysia telah menarik perhatian ramai.
Lelaki Indonesia mampu bina rumah banglo di kampung hasil kerja di Malaysia
Menerusi hantaran video yang dimuat naik di saluran YouTube Faiz Slamet, lelaki terbabit yang dikenali sebagai Zainal dikatakan pekerja di Malaysia sebagai pekerja kontraktor.
Malah, isterinya juga pernah bekerja di Malaysia namun sudah pulang ke Indonesia dan tinggal di rumah banglo tersebut.
Bina rumah sekitar RM700,000 hasil kerja puluhan tahun di Malaysia
Menurut Zainal yang dihubungi secara panggilan video (kerana masih berada di Malaysia pada ketika itu) berkata, kos yang telah dihabiskan untuk membina rumah terbabit adalah sekitar 2.5 bilion rupiah bersamaan kira-kira RM700,000.
Pun begitu, wang tersebut bukanlah dikumpul dalam jangka masa dua atau tiga tahun, sebaliknya TKI (Tenaga Kerja Indonesia) itu mengambil masa lebih 30 tahun untuk membina rumah berkenaan.
Ads
Reka bentuk dan bahan binaan diambil dari Malaysia
Lebih menarik lagi, Zainal turut menyatakan bahawa reka bentuk rumah banglo terbabit mempunyai ciri-ciri rekaan daripada Malaysia
Tidak hanya itu, kebanyakan bahan binaan rumah berkenaan seperti cermin tingkap, cat, tombol pintu dan lain-lain turut dibawa dari negara ini.
Jelas Faiz, video tersebut dibuat olehnya untuk memberi motivasi kepada pekerja-pekerja Indonesia yang kini berada di Malaysia untuk tidak berputus asa.
Video tersebut dimuat naik oleh Faiz pada 13 December 2022 menerusi platform YouTube, namun sehingga kini ia masih mendapat perhatian ramai.
Ads
Video berdurasi 16.48 minit itu telah meraih lebih 1.7 juta tontonan di YouTube sekali gus meraih pelbagai reaksi wargamaya.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial memuji pasangan suami isteri itu kerana hasil usaha kerja keras mereka di Malaysia berjaya membawa hasil sedemikian.
IMPIANA : Kisah ini menunjukkan bahawa impian memiliki rumah sendiri bukanlah mustahil, asalkan kita berusaha keras, mempunyai disiplin kewangan, dan berfokus pada matlamat kita.
Baru-baru ini ramai warganet tertarik dengan reka bentuk sebuah rumah di luar negara yang dibina dalam reka bentuk yang cukup unik, membuatkan ramai mempersoalkan mengenai keluasan kediaman ini. Bagaimana keadaan dalam ruang rumah ini, kerana reka bentuknya seluas lorong sahaja, adakah penghuni bersaiz kecil yang memiliki kediaman istimewa ini.
Seorang pengguna TikTok bernama eli.korn_ memuat naik satu video yang memaparkan sebuah rumah yang luar biasa itu, yang terletak di Deerfield, Illinois dan dianggap terkenal dalam kalangan penduduk setempat.
Warganet di media sosial menjadi bingung dengan rekaan rumah yang unik itu kerana saiznya yang kecil dan ramai yang tidak memahami tentang bagaimana tuannya tinggal di dalam rumah tersebut.
Setelah meneliti laman web hartanah itu, ianya tidaklah begitu kecil berbanding dengan apa yang terlihat dari luarannya. Ianya digelar sebagai ‘Pie House’, kerana rupanya seperti potongan pai, ia lebih kecil di bahagian hujungnya dan menjadi semakin lebar ke sisi lain seperti bentuk segi tiga.
Rumah berbentuk pie di Deerfield bernilai 300,000 dollar Dibangun pada tahun 2003 dan dikenali sebagai “rumah pie”, rumah ini kelihatan seperti rumah kecil, walaupun pada ukuran 1122 kaki persegi, secara teknikal lebih besar dari ukuran maksimum 1,000 kaki persegi yang umumnya dianggap sebagai rumah bersaiz kecil .
Rumah itu juga turut dikatakan mempunyai dua bilik tidur, dengan satu terletak di ruang bawah tanah, serta dua bilik air.
Gambar sumber: 5 Chicago
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Ramai yang keliru apa itu SOHO,SOFO dan SOVO. Anda perasan tak sekarang banyak development baru yang naik dan kebanyakkannya ada SOHO, SOFO, dan SOVO. Bunyi yang ala-ala moden kan. Anda tahu tak apa sebenarnya SOHO, SOFO, dan SOVO yang semakin banyak sekarang ni? Berbaloi tak untuk anda beli atau melabur dalam jenis ni?
SOHO, SOFO, dan SOVO
Perkataan ni tidak asing bagi peminat hartanah. Jadi, mari kita tengok apakah maksud di sebalik perkataan tu dan yang mana lebih berbaloi kalau anda nak beli.
1) SOHO ialah singkatan Small Office Home Office. Saiz SOHO ni agak sederhana sebab masih lagi boleh dibuat office yang memuatkan kurang daripada 10 orang. Sebab tu namanya small office.
Pada masa yang sama, boleh jugak dijadikan kediaman, sebab dalam SOHO kebiasaannya akan ada 1 bilik, tandas dan dapur. Di situ pejabat, di situ juga kediaman.
2) SOFO pula singkatan untuk Small Office Flexible Office. Sama macam SOHO, tapi tak ada partition. Jadi, SOFO menyediakan hanya tandas dan dapur/pantry tak ada bilik sebab SOFO beri fleksibiliti kepada anda, anda sendiri yang reka design office anda.
Kalau yang nak jadikan kediaman, boleh reka sendiri macam partition nak letak.
3) SOVO ialah Small Office Virtual (atau Versatile) Office. Lebih fokus untuk tujuan komersial saja. Jadi selalunya dalam SOVO akan disediakan semua kemudahan-kemudahan komersial. Orang yang beli unit SOVO boleh terus start business.
Tarif bil-bil adalah bawah komersial, jadi bil elektrik, telefon, dan air mengikut kadar komersial yang lagi mahal berbanding kadar tarif kediaman.
“Berbaloikah untuk dibeli?”
Disebabkan saiz yang lebih kecil tetapi harga agak tinggi, jadi banyak pemaju yang bangunkan property jenis macam ni. Sebab lebih banyak unit dapat dihasilkan dalam satu blok berbanding rumah kondominium.
Dari segi harga, jika anda perhatikan agak sama dengan rumah kediaman bertaraf kondominium. Ini sebab kemudahan yang disediakan sama dengan kemudahan kondominium, tapi tak semua ada kemudahan seperti itu.
Tempat yang dibangunkan ialah tempat-tempat elite dan juga berdekatan dengan LRT/MRT kerana target market untuk property jenis ini sudah semestinya golongan muda profesional.
Soal berbaloi atau tak anda perlu lihat kepada permintaan untuk unit SOHO, SOFO, dan SOVO di kawasan tersebut. Jika anda yakin kawasan tersebut ada demand, jadi berbaloi untuk beli. Lihat juga kepada kadar sewa bulanan.
Berbaloi tak kalau anda beli harga 400k, tetapi sewa hanya 1k sebulan? Apakah target perlaburan anda. Yang penting anda tahu target anda dan kawasan yang anda nak beli. Unit apa pun anda beli tetap akan berbaloi.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Dalam keadaan ancaman wabak yang tular keseluruh dunia, semua pihak dan lapisan masyarakat terjejas. Ada juga yang hilang mata pencarian dalam tempoh PKP (Perintah Kawalan Pergerakkan). Ha ini menyebabkan ekonomi bukan sahaja pada syarikat mahupun individu teruk dalam tempoh ini.
Yang paling merisaukan adalah bayaran balik pinjaman dan pembiayaan dari bank berlesen seperti pembiayaan pribadi, pinjaman rumah, kereta, perniagaan dan sebagainya.
Sedar akan masalah tersebut, Bank Negara Malaysia (BNM) mengumumkan langkah kawalan selia dan penyeliaan untuk menyokong usaha institusi perbankan bagi membantu individu, syarikat perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dan syarikat korporat untuk menguruskan kesan wabak COVID-19.
BNM menjelaskan, bagi penangguhan dan penstrukturan semula kemudahan pinjaman/pembiayaan atau program moratorium kepada individu dan PKS, institusi perbankan akan menawarkan penangguhan pembayaran balik pinjaman/pembiayaan untuk tempoh enam bulan mulai 1 April 2020.
Bagi mereka yang layak, satu notifikasi akan dihantar untuk membuat pengasihan melalui SMS kepada nombor telefon yang telah didaftarkan. Jika tidak, tapi anda terdiri di dalam syarat layak seperti di bawah, boleh telefon bank berkenaan
Ringkasan terhadap program moratorium adalah seperti berikut: 1. Tempoh penangguhan sah sehingga 6 bulan sahaja mulai 1 April 2020 2. Mereka yang layak tidak mempunyai tunggakan melebihi 90 hari 3. Penangguhan ini tidak akan menjejaskan CCRIS dan tiada penalti serta tidak dikenakan caj bayaran lewat 4. Program ini adalah automatik kepada semua pemegang akuan di bank yang berlesen. Ini bermakna tidak perlukan permohonan 5. Tempoh penagguhan ini juga layak untuk Program Penstrukturan Dan Penjadualan semula bayaran (R&R) 6. Penangguhan ini juga terpakai untuk pemegang akaun baru
Antara bank yang telah rasmi membuat pengumuman menawarkan moratorium kepada pelanggan mereka samada individu ataupun syarikat kecil dan sederhana adalah :
Bank Rakyat
SME Bank
TEKUN
Bank Simpanan Nasional
Public Bank dan Public Islamic Bank
RHB Bank dan RHB Islamic Bank
Agro Bank
Hong Leong Bank dan Hong Leong Islamic Bank
Maybank dan Maybank Islamic
Bank Islam Malaysia Berhad
Bank Muamalat Malaysia Berhad
CIMB
PROGRAM MORATORIUM 6 BULAN CIMB – UNTUK INDIVIDU Detail FAQ
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Persoalan yang lebih penting ketika ini kepada ramai orang dalam pasca raya dengan keadaan kos sara hidup makin meningkat adalah benar-benar ke bersedia untuk mengubah hidup mereka.