Bagi pembukaan tahun baru 2023, jenama mesin penapis air popular dari negara Korea iaitu, Wells kini telah mula memasarkan rangkaian produk jenama berkenaan bagi pasaran di Malaysia.
Sebagai langkah permulaan bagi pasaran di tanah air, Wells Malaysia telah memperkenalkan beberapa jenis model mesin penapis air antaranya, Wells The One, Wells Mini Water Purifier dan Wells True Tankless UV+.
Antara beberapa rangkaian model mesin penapis air yang telah diperkenalkan, model Wells The One kelihatan lebih menonjol oleh kerana struktur reka bentuknya yang unik dan lain daripada yang lain.
Model Wells The One telah direka bentuk seperti sebuah silinder ini mempunyai saiz reka bentuk yang sangat kecil dan kompak. Jadi, sudah pasti dengan saiz yang dimilikinya itu akan menjimatkan ruang dapur anda.
Bukan sekadar reka bentuk tampak kelihatan unik semata-mata, mesin penapis air ini juga dilengkapi dengan pelbagai fungsi yang terkini dan berteknologi tinggi. Apa yang menariknya lagi mengenai mesin penapis air ini, ia telah direka menggunakan saluran paip air ‘Super Bio Water Pipes’ dan penapis seramik mineral anti-bakteria.
Ads
Di samping itu, Wells The One juga dilengkapi dengan fungsi dua tahap penapisan air melalui proses pembersihan Wells Multi-carbon Plus dan Nano Clean.
Selain itu, ia juga dilengkapi dengan sistem panel kawalan paparan skrin berwarna saiz 2.8inci dengan pengawalan sensor pengesanan tubuh badan manusia serta reka bentuk badan putaran 180 darjah.
Mesin penapis air Wells The One tampak lebih elegan dan mewah apabila didatangkan dengan enam pilihan warna menarik seperti Putih, Coklat, Hitam, Merah Gelap, Merah Jambu dan Mint.
Ads
Untuk maklumat anda, Wells Malaysia juga kini sudah membuka ‘showroom’ mereka yang pertama di Malaysia! Jadi bagi anda yang berminat, jangan lepaskan peluang untuk berkunjung di ‘showroom’ Wells Malaysia yang terletak di Bangsar, Kuala Lumpur.
Bagaimana pula dengan waktu operasinya? Jangan bimbang! Untuk pengetahuan anda, ‘showroom’ ini beroperasi pada setiap hari, dari jam 11 pagi sehingga 8 malam.
Alamat lokasi: 110, Jalan Maarof Bangsar, 59000 Kuala Lumpur.
Ads
Untuk info serta maklumat lanjut mengenai Wells Malaysia, sila layari laman sesawang rasmi di www.wellsmalaysia.com.
Ingin lebih tahu pelbagai tips untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram dan TikTok rasmi IMPIANA.
Blender atau pengisar makanan tak kira lah baru ke lama, kalau cara orang asia memasak memang mudah atau cepat rosak. Masalah utama adalah kesan kekuningan akibat mengisar kunyit. Lagi satu masalah, pisau pengisar yang tumpul. Pisau pengisar ni kebiasaan bukan tumpul sebab selalu digunakan. Akan tetapi, disebabkan oleh bahan yang dikisar terlalu keras.
Untuk atasi masalah ini, BILAL Elektronik ada petua mudah yang dikongsikan di dalam akaun facebooknya:
Ramai pelanggan yang mengadu blender diorang cepat sangat rosak, mata cepat tumpul dan susah nak cuci selepas digunakan. Nahh hari ni BILAL ELEKTRONIK nak share beberapa tip untuk anda semua.
1) Blender sentiasa TAJAM
Kisarkan garam biasa di dalam pengisar sehingga beberapa minit. Amalkan langkah ini setiap bulan. Dengan cara ini mata pengisar akan kekal tajam.
2) Hilangkan kotoran pada blender
Tuang air sabun yang panas dan campurkan dua senduk cuka ke dalam pengisar. Putar blender dengan air suam dan keringkan.
3) Hilangkan kesan kunyit pada Blender.
Anda hanya perlu titikkan 3 atau 4 titis cecair peluntur ke dalam blender. Kemudian goncangkan sehingga warna kunyit pada pengisar tadi mengembang. Cucikan pula dengan hampas kelapa ataupun kulit limau. Cuci bersih dan lihat hasilnya.
4) Bersihkan Blender anda
Bagi memudahkan membersih blender selepas digunakan, masukkan sedikir air, serbuk pencuci dan kulit telur. Kisar bahan-bahan tersebut untuk seketika. Kulit telur yang hancur berperanan sebagai berus. Hasilnya anda akan dapati pengisar lebih bersih. Boleh juga di tambah sedikit perahan jus limau nipis kedalam blender tersebut untuk kebersihan dan nyah bau tahap maksima.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Pintu rumah adalah sebuah objek atau komponen yang utama di rumah kita. Kalau tiada pintu rumah, macam mana nak merasakan keselamatan itu. Pintu rumah ini ada pelbagai jenis di seluruh dunia. Bentuk moden dengan design pintu yang minimalis dari kayu, dapat memberikan aura elegan itu kepada rumah anda. Jikalau anda mahu tahu, kita seharusnya mempertimbangkan design pintu minimalis ini yang akan kita gunakan. Walaubagaimanapun, seperti saya cakap tadi, pintu rumah adalah sumber keselamatan kita. Jadi, perlulah kita teliti dalam memilih design pintu yang seeloknya.
Seterusnya, apakah kepentingan model atau jenis pintu ini sangat penting? Tentu sahaja design pintu cantik bagi Rumah Minimalis ini akan memberi kesan kepada tetamu kita. Bayangkan, mereka lihat pintu rumah kita sahaja, sudah menggambarkan diri kita ini bagaimana. Pada zaman dahulu dengan sekarang, kita boleh lihat berbeza designya. Dulu, jenis pintunya adalah klasik yang penuh dengan ukiran yang banyak. Berbading dengan design sekarang, pintu minimalis ini sangat menjadi tatapan orang ramai kerana ia cukup simple tetapi ia masih kelihatan lawa dan keselamatannya lebih terjamin. Kebimbangan kos yang tinggi untuk memasang pintu minimalis ini, tidak perlu dirisaukan kerana kos nya sangat mampu dimilik oleh orang ramai.
Untuk Memilih pintu rumah minimalis ini, ada beberapa tips yang perlu diikuti. Sebagai contoh, Bahannya mestilah yang dapat tahan dari cuaca, ukurannya pula mesti tidak terlalu besar dan tidak terlalu kecil. Ia mesti sederhana sahaja. Tips-tips yang lain pula, perlulah rajin dalam menyelidik dan kaji apa model-model lain yang ada. Begitu juga dengan design dan warnanya, perlu pilihnya yang dapat membangunkan wajah pintu dan rumah anda.
Akhir kata, saya berharap artikel ini dapat memberi manfaat kepada orang ramai dalam ilmu tentang pintu-pintu tersebut. Kalau tidak tahu apa pintu yang bagus, bolelah rujuk kepada orang yang lebih pakar ataupun boleh lihat mana-mana di media sosial untuk mengetahui lebih medalam.
Membaca adalah amalan yang mulia. Buku pula merupakan jambatan ilmu. Walaupun kini kita hidup di zaman e-pembaca, buku masih lagi menjadi pilihan sesetengah orang. Perasaan yang wujud ketika memegang dan mencium bau setiap helaian dalam buku amat berbeza jika hendak dibandingkan dengan tablet.
Buat pembaca tegar yang mempunyai koleksi yang banyak, salah satu hal yang merumitkan tentang hobi mereka ialah dimana mereka mahu menyimpan kesemua buku-buku tersebut? Nak beri pada orang, sayang. Tetapi timbunan yang semakin bertambah akan membuatkan kediaman nampak tidak teratur jika tidak mempunyai tempat penyimpanan yang sesuai dan mencukupi.
Penyelesaian yang jelas sudah tentulah menambah rak bagi menampung bilangan buku yang kian menggunung. Tetapi tahukah anda, banyak lagi cara kreatif yang boleh anda lakukan supaya koleksi anda tidak nampak boring dan hambar saja. Berfikir diluar kotak atau anda boleh saja ikuti idea-idea yang telah IMPIANA kumpulkan ini. Selamat mendeko!
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Setiap pemilik kediaman ada cara tersendiri dalam memastikan rumah sentiasa kemas, bersih dan teratur, sedap mata memandang. Begitu juga pilihan konsep dan citarasa dekorasi yang menjadi pilihan.