“Workstation” Bukan Sekadar Selesa Tapi Cantik, Ini Yang Perlu Anda Buat. Kini ramai di kalangan kita yang lebih selesa berkerja di kediaman sendiri. Ia bukan sahaja selari dengan arus sosial media kini malah lebih menjimatkan juga praktikal. Namun bagaimana boleh kita kekalkan suasana profesional di kediaman sendiri dengan tugasan yang digalas?
Pereka juga mula mengikut arus masa kini. Ramai yang lebih selesa berkerja di kediaman sendiri dan menjadikan kediaman sebagai pejabat. Ini bermakna ruang kerja juga tampil selesa dan menyenangkan. Pelbagai idea telah dihasilkan untuk kita jadikan inspirasi, bagaimana sebuah sudut di ruang kediaman mampu bertukar menjadi ruang kerja yang cantik.
Ada yang menjadikan kabinet bina dalam sebagai stesen kerja. Lengkap dengan penutup dan pintu berpangsi. Ada yang membina para-para kecil dan ada juga yang membina unit station pada bucu ruang…unik dan amali seiring…Simple-simple je di IMPIANA.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Ini 7 Material Countertop Tahan Lasak Sesuai Dengan Gaya Masakan Orang Kita Di Dapur
Permukaan kaunter atau lebih dikenali sebagai countertop merupakan permukaan mendatar untuk membuat kerja di dapur atau kawasan penyediaan makanan. Kaunter selalunya akan berada di atas dan di sokong oleh kabinet. Permukaan ini mesti diletakkan pada paras yang ergonomik bagi memudahkan pengguna melakukan kerja-kerja penyediaan. Pelbagai jenis bahan atau material yang boleh digunakan untuk membina countertop mengikut kesesuaian dan penggunaan pada dapur masing-masing. Jadi apakah perkara yang paling penting untuk diambil kira sebelum memilih countertop?
Ya, bahan yang dipilih perlu tahan lama dan sudah tentunya perlu kelihatan cantik di dapur anda. Tetapi yang paling penting, ia mesti dapat menahan cabaran masakan Malaysia. Itulah sebabnya pilihan permukaan kaunter dapur adalah sangat penting. Bagi memilih material yang betul, anda perlu tahu dan peka tentang penggunaan dapur. Adakah anda meletakkan kuali panas terus ke atas kaunter? Atau menggunakan batu lesung di atas kaunter untuk menumbuk sambal? Ini material sesuai IMPIANA cadangkan untuk pertimbangan anda semua.
LAMINATE
Laminate diperbuat daripada plastik sintetik dengan permukaan licin yang mudah untuk dibersihkan. Kepingan laminate dipotong mengikut saiz tertentu selain mempunyai banyak pilihan warna dan tekstur. Bahan ini mudah untuk dijaga dan juga tahan lama tetapi jika terdapat sebarang calar ataupun kesan tercabut, itu adalah mustahil untuk dibaiki melainkan anda menukar semuanya kepada yang baru.
SOLID SURFACE
Solid surface datang dalam pelbagai rupa dan warna. Namun, bahan ini memerlukan penyelenggaraan dari masa ke masa, bagi membantu untuk mengekalkan ketahanannya. Walaupun kalis haba dan mudah untuk dibersihkan, solid surface boleh tercalar dan terbakar.
JUBIN SERAMIK
Jubin seramik adalah bahan yang tahan lama dan mudah dibersihkan. Tambahan pula harganya yang murah dan anda mempunyai pelbagai pilihan yang sesuai untuk countertop kediaman. Kerana ia mudah dipasang, anda boleh lakukannya sendiri bagi menjimatkan kos dan masa.
CONCRETE
Permukaan kaunter konkrit menawarkan kedua-dua fungsi dan kecantikan, memberikan anda keupayaan untuk mewujudkan permukaan dengan pelbagai warna, bentuk atau saiz. Tekstur dan kemasan disediakan untuk disesuaikan dengan gaya reka bentuk sama ada moden, kontemporari mahupun industri. Kemasan ini juga sememangnya tahan lasak dan mudah untuk dibersihkan dan dijaga.
KAYU
Santai, rustic dan tidak lapuk dek zaman; ini adalah tiga perkataan untuk menggambarkan countertop yang diperbuat daripada kayu. Bukan sahaja dari segi estetik, bahan ini juga kuat dan tahan sehingga bertahun-tahun lamanya. Selain itu, kayu juga merupakan bahan kalis haba, bermakna anda tidak perlu bimbang tentang periuk panas yang anda letakkan diatasnya.
MARBLE
Merupakan pilihan paling mudah jika anda seorang yang mementingkan kemewahan kerana marble akan membuatkan dapur anda tampak lebih elegan dan sesuai dipadankan dengan konsep kontemporari. Tetapi penjaan yang rapi perlu diberikan kerana material marmar ini berliang dan jika tertumpah bahan pewarna perlulah dibersihkan dengan segera agar tidak merosakkan keaslian kaunter marmar tersebut.
GRANITE
Jika anda mempunyai bajet yang banyak dan tidak kisah untuk berbelanja demi mendapatkan permukaan kaunter idaman, Granite adalah pilihan yang tepat. Ia serta merta akan menjadikan dapur anda lebih elegan dan ekslusif. Bahan yang tahan lama, kuat dan menarik ini juga kalis haba, susah untuk di calar dan kemek.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
D.I.Y Kabinet Dapur, Mudah Tempah Pintu Dekat Shopee Tinggal Pasang Je
Isi Kandungan
ToggleRamai juga memilih binaan kabinet dapur yang menggunakan struktur konkrit sebagai asas. Biasa lah, orang Asia kalau memasak tak berdentam dentum dapur tak sah kan? kalau nak guna struktur kabinet sepenuhnya dari aluminum atau kayu, boleh roboh jadinya.
Struktur asas konkrit untuk kabinet dapur dah siap. Tapi, satu hal nak buat pintunya pula. Kebiasaannya, kalau panggil kontraktor memang harganya boleh tahan sesak nafas juga dibuatnya. Apa kata kita ikut idea Peju Faizura. Buat sendiri je pintu kabinet dapur. Pintu dapur boleh tempah siap secara online sahaja.
Alhamdulillah selesai projek deko dapur yang dibuat hujung minggu.Projek ni buat sikit-sikit. Terima kasih kat encik suami gigih layan kehendak bini yang nak tukar wajah dapur
Ini adalah sinki kami dari mula-mula kami beli rumah dan tak pernah pasang pintu kabinet. Semangat nak pasang sendiri sebab dah tanya kontraktor kosnya RM 800
Pintu kabinet ni kami beli di shopee. Bagi je ukuran yang diperlukan. Nanti penjual akan siapkan ikut ukuran dan hantar. Satu pintu RM 30. Untuk kabinet ni, perlu 3 pintu. Harga semua RM 102 sekali penghantaran
Untuk makeover pintu kabinet ni, tampal dengan vinyl / wallpaper
Sebelum cat dinding dapur
Ni saya share kan link yang terlibat dalam proses deko dapur saya ni:
1) Pintu kabinet (shopee) RM 102
Tempah terus dekat shopee link yang disediakan https://invol.co/cl2hivo
2)kayu frame pintu : hardware
3) kitchen cabinet conceal door (yang ni untuk lekatkan pintu dapur) RM 0.89
Klik link yang disediakan untuk belian terus https://invol.co/cl2hiy8
4) Cat dapur : Jotun code white snow (kedai cat)
5) Vinyl / wallpaper kabinet (Untuk makeover kabinet dapur yang dah ada) RM 15
Klik link yang disediakan untuk belian terus https://invol.co/cl2hj0p
6) Pemegang pintu kabinet (Shopee) RM 1.00
Klik link yang disediakan untuk belian terus https://invol.co/cl2hj4p
7)Bidai tingkap : kedai Mr Diy.
8) Wallpaper wall brick dapur RM 4
Klik link yang disediakan untuk belian terus https://invol.co/cl2hjev
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Syurga Bagi Pemuzik-Pemuzik Di Luar Sana! Inilah Cara DIY Studio Sendiri Di Rumah
Seorang pemuzik, pasti akan teringin nak ada studio mereka sendiri. Ini kerana ia memudahkan mereka dalam apa-apa proses untuk menghasilkan sebuah karya tersendiri. Itulah sebabnya anda harus mempertimbangkan untuk mencipta studio rumah anda sendiri di mana anda boleh berlatih lagu anda atau merakam muzik anda sendiri. Dalam bahagian ini, saya akan membincangkan beberapa perkara yang perlu anda pertimbangkan semasa membuat studio rumah anda.
Pilih Tempat/Lokasi
Jika anda mempunyai ruang tambahan untuk studio rakaman, ini adalah tempat yang baik untuk bermula. Anda mesti memastikan bahawa anda tidak mengganggu mana-mana jiran anda atau sesiapa yang tinggal di rumah anda. Jika anda ingin memasang studio anda di tempat lain di tanah anda, cuba dirikan bangunan keluli dan tukarkannya menjadi studio. Lokasi adalah kritikal, jadi pastikan anda memilih ruang yang cukup besar.
Pengurangan bunyi
Jika anda bercadang untuk membuat banyak bunyi di studio rumah baharu anda, pastikan dindingnya kalis bunyi. Ini bukan sahaja akan membantu anda mengurangkan bunyi bising, tetapi ia juga akan membolehkan anda mengelakkan bunyi di luar.
Beli Peralatan
Kerana ini adalah studio anda, peralatan yang anda pilih terpulang sepenuhnya kepada anda. Jika anda ingin memanfaatkan studio rumah anda sepenuhnya, jangan teragak-agak untuk menggunakan beberapa alat yang lebih mahal. Jangan bazirkan wang anda untuk barangan yang anda tidak akan gunakan; sebaliknya, tetapkan strategi dan melabur dalam beberapa peralatan yang akan membantu anda menghasilkan sesuatu yang menarik.
Jadikan Ia Lebih Selesa
Anda berkemungkinan besar akan menghabiskan banyak masa di studio rumah anda, jadi buat ia seselesa mungkin. Pertimbangkan untuk membeli beberapa sofa untuk tetamu duduk semasa melawat studio anda, serta kerusi yang bagus dan selesa. Lebih selesa anda, lebih lama anda boleh tinggal di studio dan menghasilkan sesuatu yang menakjubkan.
Peribadikan Ia
Nasihat terakhir kami untuk sesiapa sahaja yang ingin menubuhkan studio rumah mereka sendiri ialah menjadikannya seunik mungkin. Ini adalah studio anda, oleh itu anda ingin mendapat inspirasi semasa anda berada di sana. Jika seni memberi inspirasi kepada anda, sediakan lukisan yang hebat; jika pemuzik lain memberi inspirasi kepada anda, sertakan sistem bunyi dan pantau supaya anda boleh mendengar muzik mereka dan mendapat inspirasi. Dengan beberapa sentuhan peribadi, anda sepatutnya dapat memastikan kejayaan ruang.
Dengan itu, anda sudah tahu cara-cara untuk menghasilkan sendiri studio anda. Semoga kepada pemuzik di luar sana, dapat menghasilkan, bukan sahaja studio, tetapi hasil karya mereka yang bagus dan lagi mantap.
Sumber: PARLE (https://parlemag.com/ms/2018/10/design-your-home-studio/)
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI