Hotel terbang. Wow seriuslah? Macam tak percaya ada hotel terbang ini. Hotel terbang ini, ia menawarkan percutian di udara dan jumlah penumpang yang muat dalam hotel terbang tersebut adalah seramai 5000 penumpang. Biar betul kan? Tapi itulah apa yang di laporkan dalam akhbar Daily Star.
Hotel Sky Cruise dikuasakan oleh 20 enjin berkuasa nuklear. Fungsinya menggunakan teknologi kecerdasan buatan (AI) dan tidak bertujuan untuk mendarat. Menurut khabar angin, tetamu yang berhasrat untuk menaiki Sky Cruise akan diangkut dengan pesawat biasa, dan semua kerja penyelenggaraan akan disiapkan semasa pesawat besar itu berada di udara.
Hashem Al Ghaili, pereka prototaip pesawat besar itu, menyatakan bahawa Sky Cruise akan menjadi mod pengangkutan masa hadapan. Di samping itu, kecanggihan hotel terbang ini, ia tidak memerlukan juruterbang kerana ia bergerak secara automatik. Tambahan lagi, kemudahan yang ada pada hotel Sky Cruise tersebut adalah seperti hotel 5 bintang yang mewah iaitu, ia mempunyai pusat beli-belah, gimnasium, pawagam dan kolam mandi. Walaubagaimanapun, sehebat dan kecanggihan sesuatu benda, pasti akan ada kelemahannya iaitu design pesawat itu boleh memusnahkan sebuah bandar sekiranya ia terhempas ke tanah kerana ia menjana reaktor nuklear.
Secara kesimpulan, idea yang bagus untuk pengalaman yang baharu itu amatlah bagus tetapi kita kena ingat setiap perancangan dan ciptaan manusia tidak akan sempurna 100 peratus.
Sumber: MYKMU.NET (https://mykmu.net/2022/06/28/hotel-terbang-tawar-percutian-di-udara-video/)