Yatie Kamarzaman (Sendayu Tinggi) kongsi tip bina rumah atas tanah ‘kosong.’ Noor Hayati Kamarzaman atau lebih mesra disapa Yatie sedang ‘berdebar-debar’ menantikan kediaman barunya siap terbina. Lokasi rumah baru Yatie terletak di Seksyen 9, Kota Damansara.
Aktif berkongsi aktiviti harian dan produk niaga di media sosial, Yatie tidak hanya dikagumi kerana keupayaannya mengurus empayar perniagaan namun wanita ini juga memiliki cita rasa yang mengkagumkan dalam menghias kediaman.
Daripada perkongsian Yatie di Instagram, rata-rata followers rasa teruja setiap kali anak kepada usahawan ternama Bonda Rozita ini memuat naik foto mahupun video kediaman miliknya yang sedia ada juga kediaman barunya yang masih dalam pembinaan.
Berikut perkongsian terbaru Yatie tentang perkembangan pembinaan rumah barunya yang kini dalam proses perlaksanaan.
“Lagi 10 tahun gambar ni jadi memori untuk Kak Yatie dengan anak-anak. Masa tu meraka dah dewasa pun. Usia Kak Yatie waktu tu dah 50 tahun.
Ads
“Sedikit yang Kak Yatie nak share dengan mereka yang planning untuk ada rumah di atas tanah kosong. Maybe korang dah tau, tapi saje share dengan yang lain.”
📌 Sekiranya planning untuk buat ASET, pastikan tanah dibeli di kawasan yang ada value. Dekat dengan fasiliti. Elakkan jenis high rise building (unless plan untuk disewakan) dan tanah pertanian. If memang itu je budget yang ada dan planning untuk rumah persaraan ok je. Sebab, rumah yang kita diami adalah liabiliti selagi belum cash. Kalau revalue untuk refinance in future, semua ini diambil kira untuk memastikan tanah tersebut bernilai atau sebaliknya.
📌 Ambil MLTT atau MRTT semasa apply loan ( ada beza yg dua benda ni ). If anything happen pada owner, rumah atau tanah auto cash. Kalau korang ambil MLTT, kelebihannya ada return waktu maturity nanti. Cuma kena bayar lebih sikit lah. Sbb MLTT ada hibah, saving dan coverage dalam insuran tu.
📌Masa nak beli tanah, minta copy geran. Pastikan bukan geran kongsi dan tiada sekatan. Sebab nanti tak boleh pindah milik. Kan dah susah.
Ads
📌 Kalau nak build up rumah atas tanah kosong, hirelah archictect. Mereka akan buat drawing, settle kan dokumen dgn PBT untuk dapatkan semua kelulusan sampai CCC. So bila nak jual rumah atau refinance, semua ni ada value. Baru bank akan nilai aset tu selayaknya.
📌 Hire lawyer sendiri dari awal start proses beli sampai siap buat rumah. Kena ada kontrak official dan due date bila projek akan handover. Agreements antara kita dan architect ( PAM agreement) serta kita dgn main contractor ( tender agreement ) adalah berbeza tau. Kita kena ada back up spy mengelakkan isu tak diingini.
📌 Kalau nak jimat interest dengan loan, kita kena planning untuk bayar cash selepas beberapa tahun. Makesure tanya dulu bank, berapa tahun kita boleh cash kan. Kalau tak, ada penalties. Dan bank tetap akan kira interest seperit 30 tahun berhutang. Sebab tu kena dapatkan info selengkapnya.
Moga perkongsian ini dapat membantu anda yanf bercadang untuk membina sendiri kediaman di atas tanah milik sendiri.
Pertembungan gaya retro dari era 60-an ke 70-an dengan konsep yang lebih terkini akan mewujudkan reka bentuk yang lebih ranggi dan menonjol. Dengan gabungan dua era berbeza, ruang anda bakal memberikan impak yang berlainan pada tertamu.
Kalau di rumah ada kabinet atau almari tv yang lama macam ini dan masih elok boleh tranform ikut idea yang dikongsi oleh Ahmad Ammar ini.
Mudah sangat, kos pengeluaran pun rendah.
Ini Perkongsiannya :
Kabinet televisyen lama ini, nak buang sayang. Banyak nilai sentimental. Ia masih kukuh dan ‘solid’. Jadi saya ‘makeover’ kabinet itu untuk lebih cun dan terkini sedikit. Modalnya adalah cat, rattan webbing dengan knob sahaja. Hasilnya tak mengecewakan!
Biarpun ada pelbagai barangan atau peralatan yang memudahkan kerja kita namun, cara lama masih praktikal untuk diamalkan dan hasilnya lebih berkesan. Selain menjimatkan wang, cara ini juga diyakini selamat.
1. Mengharumkan dapur Jika dapur anda berbau kurang menyenangkan seperti hanyir, rebus beberapa keping kulit kayu manis, bunga cengkih dan cuka biasa. Kemudian sembur atau lap air rebusan itu pada kabinet, jubin dan sekitar dapur.
2. Membersihkan minyak goreng Kebiasaannya, minyak menjadi hitam selepas digunakan. Jadi untuk menghilangkannya, ambil beberapa keping asam gelugur dan masukkan ke dalam kuali bersama bahan goreng anda. Asam tadi akan menyerap hitam yang ada di dalam minyak dan hasilnya, anda dapat mengguna minyak itu beberapa kali. Selain asam gelugur, anda juga boleh gunakan halia yang dihiris nipis.
3. Membersihkan kesan hangus Campurkan sedikit serbuk penaik bersama sedikit air di dalam sebuah bekas. Biarkan selama beberapa jam dan anda boleh guna air campuran itu untuk membersih periuk atau kuali seperti biasa.
4. Menghilangkan bau cili pada mesin pengisar Bau cili sukar untuk dihilangkan walaupun dibersih menggunakan sabun. Apa kata kali ini anda cuba hilangkannya dengan mengisar beberapa keping biskut selama beberapa minit. Biskut ini akan menyerap semua bau cili tadi.
5. Elak semut di dalam gula Kita sering berhadapan dengan masalah semut di dalam gula. Bagi mengelakkannya, anda boleh sapu minyak masak pada sekeliling permukaan bekas untuk menghalang semut masuk ke dalamnya. Anda juga boleh masukkan beberapa batang kulit kayu manis atau bunga cengkih ke dalam bekas gula.
6. Pisau mesin pengisar kembali tajam Kisar satu cawan garam kasar sehingga halus. Pisau yang tumpul akan kembali tajam.
7. Menghilangkan kesan minyak di dapur Sewaktu menggoreng, minyak akan tepercik ke seluruh kawasan terutama lantai. Membersihkannya cukup mudah jika betul caranya. Tabur tepung gandum secukupnya pada lantai yang terkena minyak. Kemudian, cuci menggunakan air sabun dan lap sehingga kering. Kesan licin akan hilang.
8. Mengelakkan kuali melekat Selepas memasak atau menumis, masukkan semangkuk air biasa ke dalam kuali. Masak air sehingga mendidih. Selepas itu, basuh kuali seperti biasa.
9. Menghalau tikus Letak beberapa helai daun durian belanda di kawasan yang ada tikus. Selepas beberapa hari, tikus tiada lagi.
10. Menghalau lalat Masalah lalat di dapur mampu mengganggu kerja-kerja memasak. Untuk menghalaunya, anda perlu menitiskan sedikit cecair peluntur ke atas kain yang kering. Kemudian lap sekitar dapur terutama pada permukaan meja, kabinet dapur dan tempat-tempat lain menggunakan kain itu.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Tiada yang lebih bermakna apabila dapat membahagiakan kedua orang tua pada bila-bila masa. Baru-baru ini, penyanyi, komposer dan penulis lirik Lah Ahmad,45 atau nama sebenarnya Abdullah bin Ahmad ada berkongsi video pendek reaksi ibu tersayang yang terharu dan gembira apabila dihadiahkan peti sejuk baru oleh anak-anak.