Bayangkan 9 sarung kusyen kerusi kita sudah pun dimasukkan dengan kemas. Tinggal yang terahir , tiba-tiba zipnya rosak! Adakah kita perlu tukar semua sarung kusyen yang lain kembali?
Sakitnya hati apabila sarung sarung kusyen kerusi kita kembang atau longgar setelah di basuh. Padahal elok lagi sarung kusyen kita dengan sulaman dan manik-manik yang ada. Harganya pula bukannya murah. Malah rugi pula rasanya hendak buang tetapi tak sempurnalah hiasan dekorasi kita dengan sarung kusyen ternga-nga begitu. Nak dicampak sayang, sebab masih elok, kainnya pun bagus.
Jadi jangan sentap! Perhatikan apa masalah sarung tersebut. Jika terdapat serabut benang pada landasan atau alur zipnya, gunting segera kerana serat benang ini juga antara sebab landasan zip kita tergendala. Malah adakala terus rosak hanya kerana serat benang ini.
Ads
Jangan sentap! Lihat kepala zip kita bagaimana keadaannya. Ini adalah kerana ada zip yang besinya agak lembut dan mudah terbuka sedikit cengkaannya apabila di basuh dengan mesin basuh yang penuh berkuasa. Tarik kepala zip pada landasan zip. Jika ia tidak mencengkam bermakna tapak bawah kepala zip dan atas berada di dalam jarak yang terlalu longgar sehingga tidak mampu menemukan gigi zip menjadi sebuah landasan.
Ads
Cara terbaik, kepit dengan cermat kepala zip agar tidak terlalu ketat. buat sedikit demi sedikit sehingga lubang cengkap kepala zip kembali berada di jarak yang betul bagi merapatkan gigi zip anda.
Ads
Manakala jika zip anda tersumbat dengan benang, perlahan -lahan mengguna klip rambut bagi mencungkil kembali serat benang yang adakala kita terlepas pandang.
Jadi tidaklah kita membazir dalam menghias rumah sempena hari raya ini. Zip tertutup, mulut kita pun terzip daripada membebel sentap.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Almari atau kabinet yang diperbuat dari MDf board atau compressed wood, selalu alami masalah Hinge atau engsel tercabut. Seperti yang berlaku kepada M Isma Faizal Musa. Melalui perkongsian di dalam Group Tukang Apa Hari Ini, Isma berhasrat untuk tebuk lubang baru dan pasang semula hinge yang tercabut.
Rupanya, ada cara yang lebih mudah, cepat dan tak perlu peralatan yang rumit untuk baiki masalah hinge pintu yang tercabut. Yang paling best, tak perlu tebuk lubang baru. Nak tahu caranya, boleh lihat video yang disediakan atau boleh baca perkongsian sahabat lain.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Memang syok santai-santai dengan keluarga di ruang di belakang rumah macam ni.
Selalunya ramai yang melakukan proses renovasi untuk ‘extend’ dapur supaya nampak lebih luas. Biasanya ‘lebihan’ ruang di belakang rumah dijadikan dapur basah.
Pada asalnya pemilik kediaman bercadang untuk membuat tembok. Namun kemudiannya menukar perancangan dengan DIY menggunakan shera plank, artificial grass dan deck. Semua barang-barang dibeli melalui online. Hasilnya sangat memuaskan hati pemilik kediaman.
JOM KITA LIHAT PROSES KERJA-KERJA DILAKUKAN SEHINGGALAH SIAP
Kadangkala apabila terlalu penat, kita terlepas pandang ataupun lupa mahu mengasingkan pakaian putih dengan yang berwarna. Sudahnya, warna luntur pada baju putih dan mungkin tidak boleh dipakai lagi. Tetapi, sebelum anda buang baju yang terjejas itu, cuba dahulu beberapa tip IMPIANA ini mudah-mudahan ia dapat mengembalikan keadaan asal pakaian tersebut.
1. Rebus pakaian
Merebus pakaian yang terkena warna luntur sejurus selepas anda menyedarinya akan mengurangkan risiko warna tersebut untuk kekal pada pakaian. Lagi cepat, lagi bagus.
tetapi bergantung pada jenis material pakaian juga. Jika jenis yang nipis dan kurang tahan, lebih baik anda rendamkan sahaja dalam air panas selama beberapa minit.
2. Perahan lemon/limau
Selain itu, boleh juga cuba untuk rendamkan pakaian terjejas kedalam campuran air panas dengan perahan lemon. Bergantung pada tahap kerosakan yang berlaku, perahan lemon perlulah dibancuh sesuai dengan kekotoran.
3. Bahan peluntur
Letakkan 1 sudu sabun basuh baju kedalam baldi kemudian isi air mengikut kesesuaian. Ambil peluntur sebaiknya yang berperisa lemon, dan tuang sebanyak 5 penutup botol kedalam baldi tadi.Kacau campuran sehingga rata dan rendamkan baju terjejas kedalam baldi tersebut. Biarkan sekurang-kurangnya untuk beberapa jam sebelum dibasuh dan dibilas.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Setiap pemilik kediaman ada cara tersendiri dalam memastikan rumah sentiasa kemas, bersih dan teratur, sedap mata memandang. Begitu juga pilihan konsep dan citarasa dekorasi yang menjadi pilihan.