Zip Sarung Kusyen Rosak, Ini yang Anda Perlu Lakukan

Share

Bayangkan 9 sarung kusyen kerusi kita sudah pun dimasukkan dengan kemas. Tinggal yang terahir , tiba-tiba zipnya rosak! Adakah kita perlu tukar semua sarung kusyen yang lain kembali?

Sakitnya hati apabila sarung sarung kusyen kerusi kita kembang atau longgar setelah di basuh. Padahal elok lagi sarung kusyen kita dengan sulaman dan manik-manik yang ada. Harganya pula bukannya murah. Malah rugi pula rasanya hendak buang tetapi tak sempurnalah hiasan dekorasi kita dengan sarung kusyen ternga-nga begitu. Nak dicampak sayang, sebab masih elok, kainnya pun bagus.

Jadi jangan sentap! Perhatikan apa masalah sarung tersebut. Jika terdapat serabut benang pada landasan atau alur zipnya, gunting segera kerana serat benang ini juga antara sebab landasan zip kita tergendala. Malah adakala terus rosak hanya kerana serat benang ini.

Jangan sentap! Lihat kepala zip kita bagaimana keadaannya. Ini adalah kerana ada zip yang besinya agak lembut dan mudah terbuka sedikit cengkaannya apabila di basuh dengan mesin basuh yang penuh berkuasa. Tarik kepala zip pada landasan zip. Jika ia tidak mencengkam bermakna tapak bawah kepala zip dan atas berada di dalam jarak yang terlalu longgar sehingga tidak mampu menemukan gigi zip menjadi sebuah landasan.

Cara terbaik, kepit dengan cermat kepala zip agar tidak terlalu ketat. buat sedikit demi sedikit sehingga lubang cengkap kepala zip kembali berada di jarak yang betul bagi merapatkan gigi zip anda.

 

Manakala jika zip anda tersumbat dengan benang, perlahan -lahan mengguna klip rambut bagi mencungkil kembali serat benang yang adakala kita terlepas pandang.

Jadi tidaklah kita membazir dalam menghias rumah sempena hari raya ini. Zip tertutup, mulut kita pun terzip daripada membebel sentap.

Follow kami di WEBSITE, TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK dan YOUTUBE untuk dapatkan tip, idea dan artikel-artikel terkini serta menarik.

 

Published by
Impiana